Salam Maal Hijrah – Doa Akhir & Awal Tahun Hijrah


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sedar tak sedar, esok dah masuk tahun baru Islam, Awal Muharram atau Maal Hijrah. 1 Muharam, adalah permulaan detik sejarah penghijrahan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Tarikh ini juga diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah

Doa Akhir Tahun Hijrah

Sunat dibaca pada akhir waktu asar (sebelum masuk waktu maghrib) pada 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah SWT, akan mendapat perlindungan daripada Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta diampunkan dari semua dosanya yang setahun terdahulu.

doa akhir tahun islam

 

Doa Awal Tahun Hijrah

Sunat dibacakan doa ini tiga kali selepas solat maghrib pada 1 Muharram. Dengan izin Allah SWT, akan mendapat perlindungan daripada gangguan syaitan kerana Allah SWT telah memerintahkan dua malaikat untuk melindungi sesiapa yang membaca doa ini dari gangguan syaitan selama setahun kehadapan.

doa awal tahun hijrah

ps : Wallahu’alam

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


14 Responses

  1. Sara berkata:

    smoga tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelumnya..

  2. ohcikgu berkata:

    semoga tahun ini lebih bermakna dan meriah!
    Jom baca entri di blog ohcikgu : 2012 – TahunKu yang kacakMy Profile

  3. syamila berkata:

    salam maal hijrah…
    Jom baca entri di blog syamila : Salam Maal Hijrah 1434My Profile

  4. Puan Bardboo berkata:

    salam maal hijar ye kak… =)
    Jom baca entri di blog Puan Bardboo : Wordless Wednesday #15: Kameranya Mana?My Profile

  5. Jebeng Otai™ berkata:

    salam maal hijrah.. 🙂
    Jom baca entri di blog Jebeng Otai™ : Tema Mobile Terbaru Bumi Langkawi HomestayMy Profile

  6. cmratu berkata:

    dah masuk dalam bloglist.. thanks, salam maal hijrah..
    Jom baca entri di blog cmratu : Aktiviti cuti sekolahMy Profile

  7. ajumohit berkata:

    salam maal hijrah ibu, dah buleh baca ni
    Jom baca entri di blog ajumohit : Tawaran Sempena Tahun Baru 1434HMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge