Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pendidikan wajib sekolah rendah bermula pada 1 Januari 2013. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pengumuman melalui kenyataan akhbar bertarikh 22 Mac 2017. Pemohonan penempatan ke Tahun 1 Sekolah Kebangsaan (SK) bagi tahun ambilan sesi persekolahan tahun 2018 dan 2019 kini dibuka bermula 1 Mac hingga 1 April 2017. Terdapat dua kaedah untuk membuat pemohonan daftar kemasukan ke tahun 1 bagi penempatan tersebut.
Kaedah Pertama Daftar Kemasukan Ke Tahun 1 (Manual)
– Merupakan kaedah sedia ada di mana ibu bapa / penjaga boleh hadir ke sekolah dan mengisi borang permohonan penempatan ke Tahun 1, atau
Kaedah Kedua Daftar Kemasukan Ke Tahun 1 (Atas Talian / Online)
– Sekiranya mempunyai kemudahan talian internet, ibu bapa / penjaga boleh mengemukakan permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT)
Permohonan Penempatan / Pendaftaran Kemasukan ini dibuka kepada kanak-kanak berikut :-
- Tarikh lahir : 02 Januari 2011 hingga 01 Januari 2012 (Bagi kemasukan sesi persekolahan tahun 2018)
- Tarikh lahir : 02 Januari 2012 hingga 01 Januari 2013 (Bagi kemasukan sesi persekolahan tahun 2019)
Cara Daftar Atas Talian Bagi Permohonan Penempatan Ke Tahun 1 Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2018 dan 2019
BACA INI : Darjah Satu, Anak Ibu Dah Besar!
Pendaftaran boleh dibuat menggunakan Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) di pautan berikut :-
http://public.moe.gov.my
Manual pengguna boleh dimuaturun di SINI
1,106 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
aida da selesai kan last week.
at first, aida ingatkan aida x perlu buat, tau.
sebab awal 2015 da daftarkan izzat direct kat pejabat skola.
izzat darjah satu tahun 2019 nanti.
rupa2 nya kena juga daftar online ni tau.
cikgu skola buat kan satu grup khas utk parents.
alhamdulillah…
mujur cikgu bgtau..mmg kena alert la tarikh penting cam ni kan..
mudah sekarang ni semua dihujung jari, cuma ibu bapa memang kene alert tentang semua tarikh ni
betul tu aju..skang ni mudah…mmg kena alert kalau x jenuh plak nak buat secara manual kan.