Site icon Blog Ibu Mifzal

Daftar Kemasukan Ke Tahun 1 Secara Atas Talian

Menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 14/2002, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pendidikan wajib sekolah rendah bermula pada 1 Januari 2013. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat pengumuman melalui kenyataan akhbar bertarikh 22 Mac 2017. Pemohonan penempatan ke Tahun 1 Sekolah Kebangsaan (SK) bagi tahun ambilan sesi persekolahan tahun 2018 dan 2019 kini dibuka bermula 1 Mac hingga 1 April 2017. Terdapat dua kaedah untuk membuat pemohonan daftar kemasukan ke tahun 1 bagi penempatan tersebut.

Permohonan Atas Talian.

Kaedah Pertama Daftar Kemasukan Ke Tahun 1 (Manual)

– Merupakan kaedah sedia ada di mana ibu bapa / penjaga boleh hadir ke sekolah dan mengisi borang permohonan penempatan ke Tahun 1, atau

Kaedah Kedua Daftar Kemasukan Ke Tahun 1 (Atas Talian / Online)

– Sekiranya mempunyai kemudahan talian internet, ibu bapa / penjaga boleh mengemukakan permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT)

Permohonan Penempatan / Pendaftaran Kemasukan ini dibuka kepada kanak-kanak  berikut :-

Cara Daftar Atas Talian Bagi Permohonan Penempatan Ke Tahun 1 Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2018 dan 2019

BACA INI : Darjah Satu, Anak Ibu Dah Besar!

Pendaftaran boleh dibuat menggunakan Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT)  di pautan berikut :-

http://public.moe.gov.my

Manual pengguna boleh dimuaturun di SINI

 987 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version