Cabaran Semester Julai (2011/2012) Bermula

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Minggu lepas : keputusan peperiksaan semester lepas (Jan 2011/2012) sudah diketahui dan alhamdulillah..keputusannya  memberangsangkan pada ibu.. (segannya, tu yg kecikkan gambar..huhu..)

ainey - result semester 1 PLK UUM

~ Gambar : bukak portal ingat nak print screen result..tp tgk2 xdah x de dh..kuar page suh update profile…pelik..mujur ibu ada print dah salinan result..uhuk.. ~

Minggu ini : surat pendaftaran bagi Semester Julai 2011/2012 telah pun sampai kepada ibu semalam…dan membuatkan ibu x sabar-sabar rasa nak masuk kelas.. 🙂 azam kali ni nak study betul2..x mau main2 macam semester lepas..nak rajin baca buku, nak buat assignment dengan bersungguh2 dan macam2 lagi la..mood tengah happy la katakan.. heheh :D..tp kalu teringat pasal bayar yuran..terus mood jadi down…huhu ;'(

surat pendaftaran semester UUM PLK

~ Gambar : surat yg diterima semalam ~

Hari ini : subuh td, bukak facebook n terbaca status or info dari wakil MPP UUM KL tentang kemungkinan hostel full sepanjang semester Julai 2011 / 2012…aduyai..berita ini terus membuatkan mood ibu semakin down…kalu hostel x de kosong..nanti ibu nak duk mana? hotel? makin byk la duit nak kena spend..yuran dah RM1978.00 utk 5 subjek + yuran MPP n yuran library…kalu mcm semester lepas duk hostel br byr RM10 / semalam..duk hotel lebih 9 kali ganda tuh..paling murah hotel pun RM90 ke atas..pastu..ibu ni lak..sgt la x berani nak drive kereta masuk KL..sure la kena cari hotel yg berdekatan nga IPB tuh..tp paling dekat pun kena pakai transport gak..itu x pe lg..yg amat merisaukan ibu, kelas ibu hari sabtu akan abih kul 12.00 malam..sgt2 la x berani ibu nak naik teksi tengah2 malam mcm tu..takut!!! aduyai…pening la ibu memikirkannya..masalah duit boleh dicari..masalah tempat tinggal tu n keselamatan tu yg sgt2 merisaukan..Ya Allah, permudahkan lah segalanya untuk hamba-Mu ini menuntut  ilmu..

IPB hostel

 ~ Gambar : info yg agak mengecewakan tp cabaran ini perlu di tempuhi! ~

Ya Allah, permudahkan lah segalanya untuk hamba-Mu ini menuntut  ilmu..aaamiin….

 710 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*