Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Pagi tadi..bangun pagi, boboy ibu mengadu yang matanya sakit..bila ibu tengok memang agak banyak tahi mata..sebenarnya dari semalam, ibu perasan mata boboy bertahi mata..ibu dah muka risau sebab memang ada budak-budak dan cikgu taska permata tu yang kena jangkitan sakit mata..alahai mesti berjangkit ni..
Jadi, pagi-pagi lagi ibu dah drive ke klinik kesihatan yang berdekatan..orang cakap, kalau sakit mata, ubat klinik kerajaan lebih mujarab dari klinik swasta..lagi pun risau kalau betul-betul sakit mata..nanti kesian kat boboy..orang dewasa pun tidak tahan kesakitan mata…apatah lagi budak berumur 4 tahun 2 bulan ni..
Pesan Penolong Perubatan, dalam masa 2 – 3 hari ini, tak perlu hantar ke taska..dibekalkan juga ubat titik untuk mata, paracetamol untuk demam dan tahan sakit (masa check suhu badan 37°C) serta ubat batuk (memang boboy ada batuk, belum okay lagi)
Tadi selepas bagi 2 kali titik ubat mata, nampak simpton sakit mata tidak menular..urat mata belah tepi mata putih je merah..mujur..tapi masih perlu pemerhatian lagi sehari dua ni..jika esok, mata boboy tidak merah lagi..boleh lah ke taska semula…jadi esok hari ibu kena ambik cuti kecemasan lagi..
Saat ini..mata ibu plak yang rasa senak ni..nak kena sakit mata jugak ke? Haish..
Ps : alahai..gambar2nya lupa di crop terlebih dahulu..abaikan la ya..hmmm
saya yg tgk pon rasa semacam jer nih, hehehe
hehe.. bukan apa..takut berjangkit..nsb x berjangkit ikut PC ya…hehe
Kasian tu… Harap harap dia sudah sembur.
thaks…nmpak mcm dah ok dah sket matanya..x merah dah..cuma belah pagi nmpk merah n banyka bertahi mata..so kena pantau lg sehari dua ni..
sakit mata ni memang cepat sangat berjangkit…elokalah tu jangan dihantar ke taska buat sementara waktu..
itu lah..mmg risau takut berjangkit pd budak lain pun ya jgk..bukan apa..sbb ada ibu bapa yg hantar gak anak w/pun kena sakit mata..tu yg boboy terjangkit sama..huhu..susah gak kalau ada ibu bapa yg amik mudah benda2 gini..