BERITA : Budak 3 Tahun Mati Di Dera Dengan 73 Kesan Penderaan!!!

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

ok..baca berita ni dulu

JOHOR BAHRU: Kerinduan seorang kerani akaun untuk menemui anak perempuannya berusia tiga tahun sejak tiga bulan lalu, luluh apabila hanya dapat memeluk jasad kanak-kanak itu yang meninggal dunia dengan 73 kesan kecederaan di badannya dipercayai akibat didera.

Nur Aquilla Razali, 27, hanya mampu meratap pemergian anak keduanya itu, Nur Dania Qistina Nurafizan, serta pengsan beberapa kali selepas menuntut jenazah kanak-kanak itu di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, tengah hari semalam.

Tidak mampu menahan sebak, wanita itu turut pengsan beberapa kali menyebabkan beliau gagal ditemubual sehingga kanak-kanak itu dikebumikan di kampungnya di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, dekat Mersing kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Adik Nur Aquilla, Mohd Kamaruzzaman, 25, berkata kakak sulungnya itu merindui Nur Dania serta dua lagi anaknya masing-masing perempuan berusia lima tahun dan lelaki berusia setahun, selepas mereka menetap dengan bapa mereka sejak tiga bulan lalu.

Beliau berkata, kakaknya pernah cuba mencari mangsa dan dua anaknya itu namun menemui jalan buntu apabila dimaklumkan keluarga suaminya mereka tidak tahu di mana kanak-kanak itu berada.

“Namun semalam, abang ipar menghubungi saya dan memaklumkan Nur Dania sudah tiada. Saya sendiri memberitahu Nur Aquilla kejadian menimpa anaknya menyebabkan beliau agak sebak.
“Nur Aquilla sudah lama cari anak beliau, tahu-tahu saja anak keduanya, Nur Dania sudah menjadi arwah,” katanya ketika dihubungi di rumahnya di FELDA Tenggaroh 6, semalam.

Difahamkan, anak lelaki Nur Aquilla turut mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, berikutan kesan lebam pada muka, belakang telinga dan punggung selain mengidap demam sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan yang dibuat di Balai Polis Tiram, bapa mangsa Nurafizan Ludin, 30, menyatakan beliau menerima panggilan daripada isterinya, iaitu ibu tiri Nur Dania, mangsa tidak sedarkan diri selepas lemas dalam baldi di rumah pada kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.

Katanya, bapa mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Pasir Gudang kemudian membawa Nur Dania ke hospital sebelum kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia oleh doktor di HSI kira-kira sejam kemudian.

Roslan berkata, laporan bedah siasat ke atas mangsa mendapati ada 73 kesan kecederaan di seluruh badannya dan doktor mengesahkan mangsa mati akibat pendarahan dalam paru-parunya dipercayai akibat penderaan fizikal.

“Polis akan menahan bapa dan ibu tiri mangsa dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya

Komen Ibu :-

adusss..ibu mmg sg2 emosional..bila baca2 kes2 begini…kenapa la ada manusia yg tak berhati perut dan BODOH macam tuh….”ooo nga bapak dia kau nak..tp anak dia ko tak mau jaga..dah tau x boleh terima anak..tu apasal ko kawen nga bapak dia..”

3 tahun baru umurnya…sedih sgt bila bu baca berita ini…teringat mifzal pun baru 3 tahun…mifzal sgt manja dgn ibu n abah….sure arwah dania ni pun manja n nak bermanja dgn ibu nya..tp ibu nya jauh.yang ada ibu tiri…..apa salah budak tu kalau nak menumpang kasih..sampai 73 kesan deraan…budak sekecil tu sure la x boleh nak halang tangan2 besar gitu dr mendera dia..kenapa la manusia yg diberi akal fikiran tp x mahu menggunakan akal fikirannya itu..?

adusss..sgt sebak..dah x reti nak komen apa..rasa nak menca*** je..huhu…moga dijauhkan anak2 kita dr kejadian2 begini…kalau bukan keluarga pun..org lain..terlampau banyak kes2 begini..kes penderaan samaada keluarga sendiri mahupun org luar yg tiada kaitan…

sayangi la anak kecil yang belum tahu apa2 tentang kehidupan..berilah mereka peluang utk mendapatkan kehidupan yang sempurna kerana itu hak mereka sebaik dilahirkan…

 1,908 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

  1. aku sedeh tau.. sebaya ngn adf. apa la yg bdk umo 3thn tau. tu la… gatal lg kawen ngn laki ada anak. mcm la xder yg bujang…

    harap2 dia akan terima hukuman yg setimpal serupa sprti pembunuh adk humairah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*