Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Bonus ikut kemampuan: Najib
TANJUNG TUALANG: Pemberian bonus dan kenaikan gaji kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam masih menjadi teka-teki apabila Datuk Seri Najib Razak, semalam enggan mengesahkan atau menafikan kesediaan kerajaan berbuat demikian dalam Bajet 2012.
Sebaliknya, Perdana Menteri berkata sebarang keputusan pemberian bonus dan kenaikan gaji bergantung kepada kemampuan kerajaan.
Saya punya pendirian, apa-apa yang akan diumumkan dalam bajet tidak akan dibocorkan lebih awal lagi. Kalau kita mampu (berikan bonus dan kenaikan gaji), kita buat, kalau kita tak mampu kita tak buat, katanya selepas membuat tinjauan mesra dan merasmikan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang di sini, sempena lawatan turun padang sehari ke Perak, semalam.
Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, beberapa Menteri Kabinet serta Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong.
Perdana Menteri ditanya sama ada kerajaan berada dalam kedudukan berkemampuan untuk memberikan bonus dan kenaikan gaji dan elaun seperti diperkatakan beberapa pihak.
Semalam, akhbar ini melaporkan kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Najib dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini.
Ditanya pula sama ada bajet kali ini akan memberi banyak kejutan, Najib berkata: Saya tidak tahu, tunggulah dulu, saya gemar membuat kejutan, katanya.
Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan kerajaan melalui bajet berkenaan akan memberi tumpuan mengukuhkan permintaan dalaman berikutan persekitaran luaran yang lemah dan tidak menentu.Kita perlu bersandar kepada permintaan dalaman, jadi bajet ini mesti merangsangkan pelaburan dan mesti membawa kepada keyakinan pengguna untuk terus belanja dengan secara berhemah supaya ekonomi domestik atau dalaman kita ini terus berpaksi kepada permintaan yang kukuh sama ada dari segi pelaburan mahupun dari segi penggunaan.
Keduanya, kita telah menetapkan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) untuk memerangi kenaikan harga dan kos hidup rakyat, jadi kita tengah tengok bagaimana kita boleh bantu melindungi rakyat daripada kesan negatif, katanya.
sumber : Berita Harian Online
pembentangan bajet 2012 akan diadakan pada 7 Oktober 2011…mmg x sabar sebenarnya nak dengan bajet 2012 yg akan dibentangkan oleh Perdana Menteri nanti..tambahkan pula banyak ibu dengan desas-desus kakitangan awam akan menerima berita baik dalam pembentangan belanjawan 2012 nanti.
semalam masa ucapan Presiden Cuepacs ketika majlis perasmian mesyuarat agong kesatuan kakitangan FAMA, ada memberi hint2 mengenai pelarasan gaji kakitangan awam..berapa peratus adalah dirahsiakan…juga akan ada satu tangga gaji sahaja, tidak seperti sebelum yg ada dua atau tiga tangga gaji dan khabarnya pelarasan gaji tersebut melebihi gaji minimum yang cuepacs minta….hope khabar2 ni akan betul2 menjadi berita gembira buat kakitangan awam..
cuma tahu lah..jika ada pelarasan gaji mahupun bonus yg tentunya akan diumumkan secara terang-terangan..tentu akan mengundang kenaikan harga barangan secara mendadak..ini la susahnya..gaji naik x banyak mana pun tp harga barang mencanak2 naik… pas tu ramai la menyalahkan kenaikan gaji kakitangan awam nanti..tp yg peliknya bila org2 swasta dapat bonus berbelas2 bulan x pulak bising kan..cam  Bank Rakyat bagi bonus 14 bulan pada pekerja mereka..ok je..x de pun dikatakan penyebab kenaikan harga barang tp kalau penjawat awam…hmmm
ps : x sabar nak habiskan study..dapat peluang naik pangkat n naik gaji…huhu
1,482 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
arap2 bukan gula2 utk pru13
tunggu berita baik buat suri rumah je hehehe 🙂
Cadangan utk surirumah buat bisnes hanya dari rumah melalui komputer je. Tak perlu penat2 jalan bawa brg niaga. Silap haribulan barang belum terjual dah ‘expire’
Ya..sy pun setuju..better galakkan wanita buat bisness dr rumah..dekat nga keluarga..