Akhirnya, ibu nekad juga bertukar hosting. Kini blog IbuMifzal.Com menggunakan hosting daripada ServerFreak Technologies Sdn. Bhd. Selepas hampir 5 bulan sebelum ini menggunakan khidmat Fivio Enterprise. Domain IbuMifzal.Com pula masih dalam proses transfer dari Anjungcafe Hosting ke ServerFreak.
Yang membuatkan ibu nekad untuk bertukar hosting walaupun tempoh hosting dengan pihak Fivio hanya berakhir pada pertengahan Oktober 2013 nanti kerana sejak 5 bulan kebelakangan ini, ada sahaja masalah dengan blog ini. Terbaru masalah database (tidak yang terkini) dan cpanel yang tidak dapat ibu akses. Ibu tidak mengatakan 100% salah pihak Fivio kerana kadang-kadang ada juga masalah blog disebabkan sendiri oleh ibu yang gatal tangan edit themes (salah script html) sampai blog error. Al-maklum lah bukan ada pengetahuan sangat dalam bidang ini. Hanya try & error.
Cuma yang ibu kesalkan, support service dari Fivio yang sangat lambat bagi ibu. Nak kena tanya banyak kali baru lah ada responds. Tetapi kiranya ibu masih bernasib baik sebab Fivio masih lagi melayan pertanyaan ibu melalui support ticket dan email walaupun agak lambat ibu kira. Namun ada juga komen-komen yang ibu dengar dari pengguna hosting fivio lain yang mengatakan ada yang berbulan masalah blog diutarakan tetapi tiada maklumbalas. Kasihan. Pada yang addicted dengan blog, amat resah bila blog tidak dapat diakses tambahan pula untuk jangka masa yang agak lama. Jika support service tidak dipertingkatkan, memungkinkan ramai lagi blogger yang akan berpindah hosting.
Pilih Hosting Daripada ServerFreak
Kenapa ibu memilih ServerFreak? Bukan hanya terpengaruh dengan komen-komen blogger yang sudah menggunakan khidmatnya tetapi ibu turut mengakuinya. Support service yang sangat mantap dari pihak ServerFreak membuatkan ibu awal-awal lagi sudah berpuas hati. Pertanyaan mengenai hosting dan domain transfer mendapat maklumbalas yang pantas.
Separuh hari, blog ibu sudah pulih seperti biasa. Tiada masalah database dan cpanel lagi. Ibu sudah boleh mengakses blog ibu seperti biasa. 2 – 3 hari sebelum ini, blog ini masih boleh diakses tetapi database tidak di update membuatkan ibu terpaksa menutup ruangan komen supaya, bila database sudah dikemas kini, komen-komen tersebut tidak hilang. Namun masih ada 12 komen yang terlibat. Maaf ya!
6,531 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Rumit juga pakai wordpress ni ya
.
Mama pakai blogspot saja. Hehe
.
Cukuplah ni
Ramainya yang berpindah.. tu la kan. kalau customer servisnya tak mantap, customer pun lari. Sepatutnya ia jadi pengajaran berguna buat penyedia perkhidmatan.. Dah lama isu ni timbul. sampai ada yang kata penyedia perkhidmatan tergolong dalam kelompok bumiputera ni sangat hampeh. sedih dengar komen camtu. tapi nak buat camna.. what you give, you get back. sifir yang mudah.
betul tu..customer service sgt2 penting dalam menyediakan perkhidmatan. kalau x improved mungkin ramai lg yg akan pindah hosting..
Welcome in the club ibu. Pasti tidak akan menyesal.
yup server freak mmg pantas..tak smpai 24 jam mereka reply msj kite..terbaik..
Welcome to ServerFreak…Tahniah
Mmg support service dari Fivio amat mendukacitakan…saya sendiri mengalaminya
Saya pun pakai serverfreak ni. Setakat ni memang tiada apa-apa masalah dan berpuas hati dengan servis.
yeay yeayyyy… dah bertukar SF.. welcome to the club!!
hehe..yeaay..thanks..
support dari serverfreak memang terbaik pun. pilihan yang bijak!
byk dgr komen yg bagus2 psl SF..sbb itu sy pilih..
selamat tinggal kepada F, customer service mmg penting kan, semoga pasni blog ainey akan kembali normal, nmpknya mmg terbaikk
betul tu aju..service kena mantap baru customer x hilang..hopefully blog ni okay berterusan..x larat nak pikir masalah blog ni..buat susah hati..huhu
welcome to serverfreak heheheh
hehe..thanks
Dah banyak kali sangat dengar cerita tak elok tentang fivio ni..eslok sangatlah tu kak bertukar ke serverfreak..rekod diorang masih baik..service pun bagus.
itu la pasal..sy ms pindah hosting ke fivio dulu pun x selidik betul sbb kononnya dpt free kan so x kisah la..tp bila dah guna..adeh..
byk dgr komen yg baik je utk serverfreak..benarlah..kalau x sungguh org x kata kan..
Selamat datang ke Serverfreak.. 😀
thanks..hehe
ha ah..harga mahal sedikit je dr yg lain tetapi tak kisah jika service okay..hope selepas ini blog sy dah x de masalah mcm dulu.
welcome to the famili…
guna serverfreak juga ya…
hehe..hope blog dpt sukses nga hosting ni..
ntahlah. fivio..fivio..
huhu..
Tahniah,harap memenuhi seperti apa yang diharapkan
thanks…hopefully seperti yg diharapkan..