Baju Raya Untuk Baby Mifzal

Tak lama lagi hari raya puasa akan menjelang. Wah! tak sabarnya ibu nak menyambut hari raya bersama Baby Mifzal dan Abah Mifzal. Ini merupakan hari raya pertama kami bersama. Ibu sangat teruja. Raya kali ini, ibu akan beraya di kampung halaman ibu, Kelantan pada hari raya pertama. Kerana teruja, awal juga ibu beli baju raya Baby Mifzal. Tema kami pada raya ini adalah warna maroon. Ibu sangat sukakan warna ini. Ia juga tema warna majlis perkahwinan ibu…hehe. Jom kita tengok Baby Mifzal bergaya dengan baju rayanya.

baju raya
Berbaju Raya

Susah juga nak cari saiz yang muat. Sebab tak banyak pilihan untuk umur bayi sebegini. Biasa ramai yang tempah kan. Ibu malas nak tempah, kebetulan jumpa yang sama saiz dan warna yang kami nak, apa lagi, grab aja lah. Baju bayi pun boleh tahan harganya. Mungkin sebab rumit untuk dijahit kot sebab saiz yang kecik.

Gaya Si Kecil

baju raya
Berbaju Tidur

ps : gambar sebelum mencuba baju baru pun nak diambil juga..hehe

 

 594 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*