Baby Mifzal sudah berusia 7 Bulan. Wah! Sekejapnya masa berlalu. Rasanya macam semalam baru melahirkan si comel ini. Perkembangan terkini? Nak masuk 7 bulan ni, Baby Mifzal dah boleh merangkak dan duduk. Baru je bulan lepas dapat meniarap. Kalau nak diikutkan memang agak lambat anak ibu ini belajar meniarap sendiri. Mungkin badannya yang agak besar berbanding dengan bayi lain menyukarkannya untuk meniarap dengan sendiri.
Tetapi anak ibu memang fast learner. Tak sampai sebulan pandai meniarap sendiri, skang dah pandai merangkak dan dah pandai duduk. Usaha yang bagus ‘adik‘.
Gambar Baby Mifzal & Stereng
Ibu kongsikan gambar anak ibu sedang memegang stereng si Wira. Pantang nampak stereng kereta sekarang ini, nak pegang sambil buat gaya nak bawa kereta. Hehe…macam pandai dah bawa kereta. Terhibur dengan gelagat si comel ini.
804 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
pandu cermat, jiwa slmt
biar lambat asalkan sampai ke destinasi….