Android Tablet Untuk Mifzal Arsyad


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dek kerana selalu berebut cik note & si pabble blue dengan ibu dan Abah Mifzal untuk bermain games, Mifzal Arsyad dapat sebuah Android Tablet akhirnya.

image

Mifzal Arsyad : “Ibu belikan saya telefon ke?”
Ibu : “Ya… abah beli..boboy gembira ke?”
Mifzal Arsyad : “Ya…saya gembira…saya sayangkan Abah dan Ibu” (sambil peluk kami)

Bajet memang mahu belikan Mifzal Arsyad sebuah tablet yang murah-murah je. Android tablet 7″ made in China berharga RM299 sahaja yang berspesifikasikan kelajuan processor 1GHz dan 512 RAM serta berkapasiti 4GB dengan dioperasikan menggunakan Android 4.0.3 ICS ini dibeli ketika mengunjungi Perak IT Fair di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada hari Sabtu tempoh hari.

Padan lah untuk digunakan bermain games sahaja. Bukan apa, dak boboy ni kalau dapat telefon ibu atau abahnya, kalau games tu x dapat seperti yang dia kehendaki, dia akan anggap telefon itu yang tidak berfungsi, bukan disebabkan dia yang tak pandai bermain. Jadi mula lah dia melepaskan perasan geram dan tidak puas hatinya pada telefon itu yang kononnya tidak berfungsi bagi dia.

Mifzal Arsyad : “ibu…buang dia. Nya dah tak berfungsi”

Disuruhnya ibu membuang cik note ibu itu ke dalam tong sampah…amboi!!

Hehe…macam-macam karenah dak boboy ibu ini yang buat ibu geram dan geli hati.

wpid-mifzal-arsyad.jpg

Posted from My Samsung Galaxy Note

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


13 Responses

  1. Puan Bardboo berkata:

    dia bahasakan diri as ‘saya’?…comelnya dengar..
    Jom baca entri di blog Puan Bardboo : Mereka Yang Memeriahkan Blog Bardboo Tahun 2012My Profile

    • ha ah bard..boboy mmg bahasakan dia saya. kdg2 ada gak guna nama panggilan diri (boboy). mmg diajar mcm tu dan juga pengaruh tgk kartun.. dengan kawan2 dia pun dia guna saya dan awak.

  2. Hazmin Hamudin berkata:

    Hehe.. Sekarang ni dah banyak dah tablet yang murah-murah kan ibu. Boleh la beli utk anak-anak main games. Memang tersenyum riang la dorang.
    Jom baca entri di blog Hazmin Hamudin : Permohonan Pakej Komunikasi Belia Bermula 1 Januari 2013My Profile

  3. Hafizul berkata:

    Haha…senyum sampai ke telinga la jawab ny mifzal tu..lepas ni tut-tut ada blog sendiri..terlopong ibu dah abah mifzal..haha
    Jom baca entri di blog Hafizul : 10 Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  4. hairulafiz berkata:

    nak kena beli satu mcm nilah anak kita pun selalu berebut ipad dgn kita
    Jom baca entri di blog hairulafiz : Keputusan Penuh Kejohanan Jemputan 4 PenjuruMy Profile

  5. ajumohit berkata:

    wahh bestnya, auntie nak pinjam jap boboi 😉
    Jom baca entri di blog ajumohit : Persediaan persekolahan Sesi 2013My Profile

  6. syaifuddin alias berkata:

    wah3….errrr…saya masih tak berpeluang :[
    Jom baca entri di blog syaifuddin alias : Syaifuddin Alias, Lifestyle, Wanita dan RankingMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge