Alhamdulillah..Ibu Sangat Bangga Dengan Mifzal Arsyad!


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


kan..ada entry sblm2 ni..yg ibu citer pasal masalah pertuturan mifzal..sampai ada yg cdgkan kat ibu pergi jumpa pakar..terutama sekali pengasuh mifzal la..beria2 suruh ibu jumpa pakar…sbb dia risau mifzal ms tu br 1 tahun 7 bulan tp blm pandai ckp lg….

masa tu..kesedihan ibu..Tuhan saja la yg tahu…ibu terasa seperti derang nak bagitau yg anak ibu x sempurna..x boleh ckp.. ibu x sanggup nak sebut B**U* mmg ibu agak emosional..ibu pernah menangis kat abah..mengadu pasal pengasuh & MIL ckp mcm tuh…TAPI..ibu sgt2 yakin anak ibu tuh seorang anak yg sihat, minda cerdas n aktif..

entri2 ni antara entri yg ibu ada cerita pasal mifzal & pertuturannya..

Entri Pertama
Mifzal & Percakapannya

ps : lain2 entry leh baca dgn klik je label Mybaby – Mifzal Arsyad

BUKTI nya sekarang..ibu sgt bangga dengan pencapaian fizikal & mental mifzal..w/pun pertuturannya agak lambat…tp skang dia dah pandai bercakap..sebutannya pun x pelat mcm budak2 yg cepat berckp tp pelat…tp tu x kisahlah kan..sbb pelat tuh buleh diajar n diubah kan..

pagi td…masa ibu hantar mifzal ke rumah pengasuh…jiran pengasuh memuji2 mifzal…bagitau mifzal pandai..ckp pandai, banyak cakap, kenal ABC, pandai mengeja, mengira..cakap tak pelat…alhamdulillah..sebagai..ibu…seharusnya ibu bangga dengan pujian2 itu..tp bukannya nak riak ke apa…sapa yg tak bangga dan rs gembira jika anak kita anak yang bijak kan…

mifzal skang pun dah hafal lagu ABC (boleh sebut A sampai Z)..boleh mengeja..bagi la perkataan kat dia..mifzal boleh eja..contoh dia pernah eja KILANG sbb dia nampak perkataan tu masa lalu kilang sawit nak ke rumah MIL…tulisan KILANG tu mmg besar la….sekarang ni..tgh nak train mifzal untuk mengenal suku kata dan membaca..

abah mifzal pun skang ni tgh train mifzal mengenal huruf2 jawi..n alhamdulillah..seronok dgr mifzal ikut abahnya sebut Alif, Ba, Ta..

alhamdulillah..syukur kepada Allah SWT..kerana mengurniakan kami anak yg sihat, sempurna dan cerdas mindanya…semoga anak yg menjadi kebanggaan kami ini menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat…aammin..

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


5 Responses

  1. nome berkata:

    thumbz up to mifzal! x kisahlah ainey apa org nak ckp psl anak kita…..yg penting sehat minda dan fizikal…tu yg penting…kan ainey kan? walaupun pada mulanyer lambat nak berckp…tp skrg ni…siap pandai ngeja lagik….

  2. SyUhAdA berkata:

    bguslah klau camtu…
    go go mifzal~!!

  3. Jieda berkata:

    Alhamdulillah..masa irfan berumur 1 tahun pun dia tak berapa pandai cakap sampaikan saya pernah ngadu ngan biras dan birasa saya cakap tunggu la sikit masa lagi.Rupanya memang betul,bila dia dah pandai cakap,mulutnya tak reti diam he3.oleh itu..janganlah risaukan sangat

  4. fazilzura berkata:

    alhamdulillah , budk2 ni kite kene selalu brainwash; diorg .. kene hari2 ajar… cm anak ku mmg ramai tukang ajor kt umh, lg2 toki dia.. mcm2 di ajor nye..

    insyallah , x lama lg, letih ler ko nak layan mifzal berborak

  5. ardinihumaira berkata:

    bagus2 tu kak. dni dulu sebab abah umi kenalkan huruf jawi awal2 masuk sekolah rendah dni dah kenal jawi dan boleh baca jawi 🙂

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge