Hari ini hari ahad. Apa ibu nak cerita ya? Tak ada yang menarik sangat. Hari ini ibu start rutin ibu dengan membasuh baju. Nasib baik ada mesin basuh tolong. Kalau tak, mahu patah tangan ibu memberus kain. Banyak kain baju tak berbasuh. Stok seminggu. Hehe. Mifzal pula, pagi-pagi dah bangun. Bangun saja terus capai bekas cd abah buat mainan. Ini ibu ada ambik gambarnya. Sori gambar tak berapa clear sebab di dalam bilik.
Selepas membasuh, ibu pergi menjemur kain di luar rumah. Buka pintu pandang belakang, ada pulak yang mengikut. Cepat saja Mifzal merangkak sampai ke pintu. Nasib baik ibu tutup grill pintu tu kalau tidak memang dengan Mifzal sekali lah ‘menjemur’ baju. Hehe. Jom tengok gambar budak kena kurung. 😀
Aktiviti Mifzal
Itu lah gayanya anak ibu. Kejap lagi dah boleh berdiri kot. Hehe. Sambil duduk melayan mifzal, sambil juga ibu masakkan sarapan pagi. Dari semalam lagi merancang nak masak sardin roll. Jadi, ini la sarapan kita orang pagi tadi. Mifzal pula, pagi-pagi dah minum susu. Lepas itu, sambung makan nestum pula. Hehe. Dah kenyang semuanya. 😀
737 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
kehkehkeh!!
siap garu kepala..
memikir camne nak ikut ibu g jemur baju….
haha..byk akal kan..hehe
Syian dia kene kurung..comey tul ngko ni mifzal! bulat cam dulu gak. Ely dah kecut skit..huhuhu
hehe..k.ai..ely mmg la x bambam dah bab dia makin jelita…