Bila Terlupa Ada Kerja Sekolah

Alahai..kesian anak ibu ini. Terpaksa buat kerja sekolah dalam kereta. Semuanya gara-gara si ibu yang terlupa hendak memeriksa kerja sekolah anak kecilnya. Kalau ditanya dengan Boboy, memanjang sahaja cakap tak ada kerja sekolah. Inilah akibat bila terlupa ada kerja sekolah. Kena buat dalam kereta. Huhu.

bila terlupa ada kerja sekolah

Kerja sekolah itu adalah kerja sekolah hari Khamis lepas. Tak siap buat di tadika, cikgunya suruh buat di rumah. Kebiasaannya, memang balik dari sekolah, ibu akan check buku-buku sekolah Boboy. Tapi pada hari tu, terlupa plak. Terpaksa lah buat dalam kereta on the way nak ke tadika.

Bila Terlupa Ada Kerja Sekolah

Meragam juga Mifzal bila disuruh menyiapkan kerja sekolahnya. Dah lah tengah mengantuk, ibu paksa pula. Mifzal nampak macam tidak berminat dengan sekolah. Tak seperti sebelum ibu hantarnya ke taska permata dahulu. Mungkin dulu ibu menghantarnya terlalu awal pada usia 3 tahun yang menyebabkannya merasa bosan dengan sekolah. Mungkin juga. Hmmm… Selalu juga cikgunya mengadu yang boboy cepat bosan bila disuruh buat kerja sekolah terutamanya bila belajar menulis. Kalau belajar Iqra’, Boboy cukup minat.

 4,459 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

13 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*