Akhirnya Dapat Juga Online Walaupun Dengan GPRS

Huhu, ibu sedih lah, sudah 3 hari bercuti dan 3 hari juga lah tidak dapat beronline di rumah sewa ibu ini gara-gara line streamyx yang ibu langgan mengalami gangguan. Tidak pula diketahui disebabkan oleh apa. Tapi, ibu agak kebiasaannya gangguan talian internet streamyx ini disebabkan oleh kecurian kabel TM. Di kawasan kediaman ibu ini. Memang selalu ada kes seperti itu. Tapi, punca sebenar kali ini, tidak lah ibu ketahui. Selain talian internet streamyx, ibu juga mempunyai broadband atau jalur lebar Maxis. Namun coveragenya agak terhad, hanya capaian GPRS. Ini pun hanya baru-baru ini dapat detect line. Sebelum ini tiada. Akhirnya, dapat juga online walaupun dengan GPRS. Mujur ada juga jalur lebar ini. 😀

Akhirnya Dapat Juga Online Walaupun Dengan GPRS
Online walaupun dengan GPRS

Sebenar, ibu juga baru menggunakan broadband Maxis ini, gara-gara terpengaruh dengan iklan. Terasa ingin mencuba mana tahu capaian jalur lebarnya ada di kawasan kediaman ibu. Namun, malang, mula-mula beli dahulu, langsung tidak menyala. Cuma, tiba-tiba, malam ini, boleh boleh pula disambung capaian internetnya. Setakat GRPS sahaja. Jauh lagi kot nak capai 3G. Walau pun, sudah boleh berada atas talian, namun sambungannya sangat-sangat perlahan. Boleh buat ibu hilang sabar pula. Tetapi mujur juga, masih boleh memuat naik gambat dan membuat entri pendek ini.

Online Walaupun Dengan GPRS

Sedih bukan, tempat tinggal ibu ini mungkin agak pedalaman, itu yang menyebabkan capaian talian internet di kawasan ini agak terhad. Memang di kawasan ini pilihan perkhidmatan internet tidak banyak. Perkhidmatan talian Celcom juga terhad. Jadi sememangnya, ibu tidak mempunyai banyak pilihan, terima sahaja dan guna sahaja yang mana ada. Hanya perkhidmatan streamyx yang sambungan internet agak stabil. Itu pun kerana streamyx menggunakan kabel. Kalau yang guna gelombang, memang mintak maaf lah. Haha.

Itu, yang ibu rasa seperti mati kutu bila talian internet streamyx bermasalah. Banyak kerja-kerja yang menggunakan data internet menjadi tertangguh. Haru, kalau tak ada talian internet dalam hidup blogger, ewah. Hahaha, macam poyo pula ibu ini. Apa pun, jadi la entri ini sebagai pengubat hati bila capaian internet bermasalah. Huhu.

 889 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*