Aduhai..Pelupa Betul Lah!


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


hoho…ibu mmg seorang yang pelupa…..pagi ni..ada 2-3 benda yg lupa nak buat n bawak ke opis…yang peliknya..bukan terus lupa..tp sebelum tuh dah ingat dah…nak bawak…tp x sampai 5 minit…lupa juga nak bawak…

kes no.1

pagi ni..ibu ingat nak bawak air masak / kosong gi pejabat..ya la skang ni ibu nak amalkan minum air kosong ni banyak…baik utk kesihatan kan..sbb sblm ni ibu mmg kurang minum air..banyak makan..hehe..so skang nak ubah la cara hidup sihat pulak…tadi dah siap isi dah air dlm tumbler warna pepel (warna kesukaan)…alih2..terlupa jugak nak bawak…..aduhai…ibu mmg seorang yang pelupa….so disebabkan nak jugak teruskan cara hidup sihat…ibu singgah kedai beli air mineral..hehe…

:: pic dari google – x jumpa plak yang warna pepel ::

kes no.2

aduhai…ibu lupa nak bawak handphone…handphone tu leh kata penting la..sbb alat komunikasikan….ibu baru teringat masa drive tadi..terus tepuk dahi…walhal..dah ingat dah seblm turun nak ke opis td..yg handphone x masukkan lagi dalam handbang…boleh jugak lupa…nak kata banyak benda sgt buat pagi tadi x adalah banyak sangat…huhu..mmg dasar pelupa lah ibu…ralat la rasa bila x bawak handphone ni…mujur ari ni x de kuar gi mana2 tempat yang jauh…kalau x..risau gak…kot2 kete buat hal n drive plak sensorang…nak call mintak tolong x de handphone..nak mintak tolong sembarangan org..kena hati2..skang ni bukan semua org buleh dipercayai…huhu..aduhai..takutla pulak..sbb nak balik karang pun jauh jgk..30km…nasib jalan sibuk..huhu….

:: pic dari google ::

kes no. 3

haha..yang ni ibu nak gelak dulu..boleh plak ibu lupa nak turunkan handbrake kereta kancil ni masa drive…huhu…nasib x berasap tayar..ibu pun x ingat masa bila ibu lupa nak turunkan handbrake..mungkin bukan dari rumah kot..mungkin dr tempat ibu benti nak beli paper tadi..mujur x jauh..kalau dah sampai opsi baru perasan..mmg hangit la bau sepanjang jalan..uhuk…aduss…lupa lagi..kes ni bukan sekali dua..banyak kali jgk ibu lupa nak turunkan handbrake..bahaya kan..tp yg peliknya..masa ibu drive td x rasa pun berat..mungkin handbrake kancil ni dah loose kot…kalau persona..dah hangit dah bau huhu…

:: pic from google ::

mcm mana nak hilangkan penyaikit lupa ni…hmmm..makan kismis banyak2 eh..

:: pun pic dari google ::

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


1 Response

  1. kakngah berkata:

    kurangkan mkn ikan masin 😛

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge