Ulang Tahun Ke-10 Perkahwinan


(Ulang Tahun Ke-10 Perkahwinan)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sedar tak sedar rupanya sudah 10 tahun kahwin. Hari ini 27 Mei 2017, jam 10.15 pagi, genaplah 10 tahun umur perkahwinan ibu dan Abah Mifzal. Sungguh terasa sekejap masa berlalu. Alhamdulillah, tarikh ulang tahun perkahwinan kami pada tahun ini sama pula dengan hari pertama umat Islam memulakan ibadah puasa. Oh! ya. Tidak ketinggalan untuk ibu juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog IbuMifzal.Com yang beragama Islam.

gambar perkahwinan ibumifzal
Tema Maroon + Gold/Silver

Tersenyum bila lihat gambar-gambar lama. Turut terasa umur yang sudah makin meningkat. Mifzal juga sudah besar, 9 tahun sudah usianya. Alhamdulillah, ibu sangat-sangat bersyukur  di atas setiap rahmat yang Allah SWT berikan kepada kami sekeluarga. Harapan ibu agar jodoh kami berkekalan hingga ke Jannah dan sentiasa diberkati oleh Allah SWT….Aamiiin…

ibu mifzal gambar kahwin
Tema Kuning

Abah Mifzal,

“Terima kasih yang tidak terhingga kerana menerima diri ibu seadanya. Sepanjang 10 tahun ini, banyak yang sudah kita lalui bersama. Ibu sangat-sangat gembira dan bersyukur kerana Abah sentiasa ada di sisi. Segala pengorbanan Abah amat Ibu hargai. Terima kasih suamiku”.

 



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
356 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge