Tonton HyppTV Daripada TM


(Tonton HyppTV Daripada TM)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Terdahulu, ibu pernah bercerita mengenai pemasangan pakej Streamyx 8Mbps Bundle with HyppTV. Jadi, kali ini ibu nak berkongsi cerita pula mengenai HyppTV yang datang sekali dengan pakej Streamyx yang ibu langgan. Untuk makluman, pakej bundle ini hanya terpakai bagi pakej langganan Streamyx berkelajuan 4Mbps dan 8Mbps sahaja. Untuk pakej Streamyx 4Mbps, dekoder HyppTV tidak didatangkan bersama. Kena langgan pakej HyppTV dulu baru dapat dekoder HyppTV, manakala untuk pakej Streamyx 8Mbps pula akan dapat dekoder HyppTV dan 17 saluran percuma. Yang tak percuma tu kena la bayar ya kalau nak menonton.

tonton hypptv daripada tm

Selepas selesai pemasangan talian telefon dan Streamyx dan kelajuan Streamyx juga telah dinaik taraf secara manual ke 8Mbps, barulah ibu dapat claimed Set-Top-Box HyppTV ini. Sebenarnya ada masalah sedikit berlaku semasa manual tagging ke 8Mbps. Jadi, lambat jugalah ibu dapat set-top-box ini. Lebih kurang 3 minggu baru dapat claimed.

tonton hypptv daripada tm

Di dalam set-top-box ini, terdapat 1 unit dekoder, 1 unit remote control, manual dan juga wayar-wayar yang diperlukan untuk penyambungan dekoder ke modem dan tv. Oleh kerana kedudukan televisyen dan modem agak jauh dan tidak memungkinkan pemasangan kable dalaman dengan segera, maka ibu hanya menggunakan penyambungan internet secara wireless. Jikalau menggunakan sambungan ethernet, lebih stabil sebenarnya.

BACA INI : TM EVDO Wireless Modem (Streamyx Wireless)

tonton hypptv daripada tm

Tidak susah pun nak buat penyambungan HyppTV ini ke televisyen. Cara-cara pun ada ditunjukkan di dalam manual. Yang penting kita ikut langkah-langkah yang ditunjukkan dan tahu username dan password HyppTV yang diperolehi semasa claimed set-top-box ini.

tonton hypptv daripada tm

See, dah boleh tengok dah channel HyppTV. Untuk langganan baru, ibu dapat tonton semua channel secara percuma selama sebulan. Selepas sebulan, hanya channel percuma sahaja yang dapat ditonton. Senarai full channels adalah seperti di dalam gambar berikut :-

tonton saluran percuma hyppyv

Yang bagusnya HyppTV ini, kita dapat menonton siaran walapun hari hujan. Siaran HD juga termasuk di dalam pakej dan tidak perlu bayar lebih.



Jom Kongsi!

Related Posts:

1,227 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


2 Comments