Tip Mengesan Jenis Kelamin Bayi dalam Kandungan (Tanpa ujian ultrasound)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ibu nak kongsikan “Tip Mengesan Jenis Kelamin Bayi dalam Kandungan (Tanpa ujian ultrasound)” & sedikit perbandingan pengalaman ibu sendiri ketika mengandung dulu.

petua kesan jantina kandungan

Dalam dunia perubatan, ujian ultrasound digunakan untuk mengesan jantina bayi yang dikandung ibunya.

Walaupun begitu cara-cara tradisional atau naluri seoranng ibu telah banyak terbukti tepat biarpun sekadar meneka buah hati yang dikandungnya.

Hasilnya memang tidak dijamin 100 peratus, tetapi ramai wanita hamil yang telah membuktikannya selama beratus-ratus tahun. Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk meneka jenis kelamin tersebut adalah:

1. Mengalami mual-mual yang agak teruk selama trimester pertama itu pertanda akan mendapat bayi perempuan. Sebaliknya jika tidak mengalami mual-mual teruk atau tahap mualnya rendah petanda anak laki-laki.
- Pengalaman ibu : mengalami alahan yg teruk ketika mengandung 1-5 bulan…alhamdulillah selamat melahirkan anak lelaki yang sihat dan sempurna.

2. Tonjolan perut tinggi (runcing) petanda anak lelaki. Sebaliknya jika tonjolan perut rendah petanda anak perempuan.
- Pengalaman ibu : x reti nak gambarkan..tp ramai yg teka ibu dpt anak lelaki..ada sorang makcik ni..dia pegang perut ibu ms pregnant 8 bulan kalau x silap..terus dia ckp lelaki…anak lelaki… wah sgt teror itu makcik…tepat tekaannya..



3. Tubuh terasa lebih bengkak terutama pada peha dan punggung dipercayai sebagai tanda anak perempuan yang sedang mengambil kecantikan ibunya. Tapi jika kelebihan berat badan cenderung ke depan itu pertanda anak lelaki.
- Pengalaman ibu : haha..mmg bertambah2 la berat badan time mengandung tuh…

4. Lebih suka makanan yang mengandungi protein seperti daging serta suka makanan yang masin dan asam itu pertanda anak lelaki. Sebaliknya jika suka makanan manis dan buah-buahan petanda anak perempuan.
- Pengalaman ibu : masa alahan teruk tu mmg byk makan masam2 sbb nak hilangkan mual n muntah w/pun x de la berkesan pun..huhu

5. Posisi tidur jika lebih suka arah utara dipercayai petanda anak laki-laki, tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan.
- Pengalaman ibu : ms dulu..ibu suka tido mengiring ke kanan…mmg ramai yg ckp kalau tidur ngiring kanan dpt anak lelaki..

Memang belum ada bukti ilmiahnya, tapi dari pengalaman perempuan-perempuan hamil ciri-ciri tersebut terjadi ketika mereka mengandung anak lelaki atau perempuan.

Bagi ibu, yang penting anak yang dikandung sihat dan sempurna sifatnya. Itu sudah memadai.

ps : Ini entri lama, saja nak upkan balik. lagi pun tengok banyak keyword berkaitan info ni masuk. :)


Related Posts:

  • No Related Posts

About Ibu Mifzal Arsyad

Ibu Mifzal Arsyad - Seorang isteri & ibu berkerjaya serta pelajar & blogger separuh masa

11 Comments

  1. Pengalaman pegnan anak lelaki memang xberseri.naik itam2 kat leher.tido memang ngiring kekanan.masak malas smpaikan bau org masak nasi pun leh muntah.Alahan sederhana je.xsuke makan masam2.suke benda manis.

  2. saya prgnt anak kedua..bila scan 80% girl..muka pn selekeh je..malas asyik nak tidur..berat badan naik,,,tp perut runcing ke hadapan..alahan xde teruk pn..kuat macam tenaga lelaki..hihi..

  3. no 1.
    Alynn morng sickness eruk sangat sampai kuar darah ikut hidung..alahan pun dari bulan pertama sampai 7 bulan..
    dapat bby boy…huuhu..

    no 2,3,4 tu betul ngan alynn ni..hehhe
    Jom baca entri terbaru di blog Alynn : Cara Berkesan Merawat Keputihan WanitaMy Profile

  4. Hehehhe..kebetulan yg selalunya betul..tp ads kala silap gak….

  5. Betul tu bu..isteri sy dulu tdo membelakangi sy sokmo..dia kata tak selesa mengiring ke kiri…dan berat isteri sy setiap bulan naik smp doktor tak percaya isteri sy tak ada kencing manis..muahahaha..terbaiklah mak cik tu..kalah ultrasound doktor..haha
    Jom baca entri terbaru di blog Hafizul : 2 Hari Blog Tak Update, Tetiba Dapat PR2My Profile

  6. sy baru jer blajar sal baby ni..kadang2 pening gak eh nk paham..heee
    Jom baca entri terbaru di blog sara : Lirik Lagu Brand New Day – Cherry BelleMy Profile

  7. masa Alya dulu xde mabuk sgt…. tp utk adik ni mabuk la jgk tp x teruk…. satu lagi.. org cakap kalau muka berseri2 anak laki… kalau x berseri cth muka berminyak atau berjerawat tandanya anak gegirl sbb gegirl dlm rahim dh amik seri ibuna… :)
    Jom baca entri terbaru di blog zie fauzi : 31 Minggu – Kakak Dah Ada GengMy Profile

    • ok la x mabuk sgt…sy pengalaman alahan teruk..3 kali warded n berpuluh botol air drip masuk..dah muntah je kerjenya. ms alahan 10 kg turun..huhu

      leh masukkan ni. dlm tips. tp sy dulu anak boboy mcm x berseri je..huhu..pastu mmg malas je..nak bersolek malas. nak bergaya malas..huhu

  8. no. 1
    mmg benar… anak aku sume lelaki.. 3 org. mmg xder moning sickness langsung. heven nok….

    no. 2
    ank sulung & kedua.. mmg perut runcing ke depan. mcm bujur telur jek. tp, ank no. 3.. perut melebar boyotnya. 2-3 org kata gegirl.. tp, kuar.. bebird jugak kehkehkeh!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge