Pengumuman Penetapan Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semalam, ibu berkesempatan juga mendengar pengumuman penetapan kadar gaji minimum bagi sektor swasta oleh Perdana Menteri Malaysia di TV1. Kadar gaji minimum, RM900.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM800.00 bagi Sabah, Sarawak & Labuan meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi kecuali perkhidmatan domestik termasuk pembantu rumah dan tukang kebun. Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri di Majlis Makan Malam Pekerja & Majikan Sempena Hari Pekerja di PICC, Putrajaya.

Tarikh kuat kuasa pelaksanaan kadar gaji minimum itu ialah enam bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.Kadar gaji minimum yang ditetapkan itu tidak akan kekal statik, ia akan dikaji semula dari semasa ke semasa sejajar dengan kemampuan, produktiviti dan daya saing negara.

Kalau RM900.00 dah lebih kurang gaji minimum pekerja sektor awam la..yang bekerlulusan SPM la..bagi yang ada diploma or degree, rasanya sektor swasta lebih menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding sektor awam. Tapi ada juga yang kelayakan SPM pun dapat gaji riban2, ia bergantung pada syarikat n mungkin juga pengalaman kerja kot. Ada kawan ibu (pekerja sektor), pernah tanya ibu berapa gaji kalau kelayakan SPM nak apply keje gomen ni. Mengeleng kepala dia bila gaji permulaan x sampai RM1000, katanya mmg x boleh la nak tukar keje ke sektor awam, sbb gaji dia skang pun dah riban-riban..tak pe..sektor awam n sektor swasta ada kelebihan masing-masing kan..yang penting ikhlas bekerja..hehe

okay..sebelum terlupa nak ucapkan jugalah Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja x kira la dlm apa jua sektor..semoga kita lebih bersemangat bekerja dan lebih produktif.

ps : tapi mood kerja ibu akhir2 agak weng-weng la..huhu



Jom Kongsi!

Related Posts:

193 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


7 Comments