Koleksi Boboiboy


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Koleksi Boboiboy ini belum lengkap. Baru dapat sambar 4 items. Anak punya pasal, kena la beli dan kumpul. Sekarang ini pun dak Boboy masih request patung Boboiboy Kilat & Gopal. Adeh!! leh pokai ibu, hari-hari suruh ibu belikan. Kali ini, ibu janji nak beli lepas dapat gaji nanti. Tak daya dah menurut kemahuan si hero Boboy ini. huhu…

patung mainan boboiboy

Koleksi ini, ibu beli dari Kedai Mesra Petronas. Dari bulan Oktober – Disember 2012, dua watak kartun Boboiboy dikeluarkan secara berpasangan. Boboiboy Angin & Yaya (Oktober), Boboiboy Tanah & Ying (November) serta Boboiboy Kilat & Gopal (Disember 2012). Harga patung animasi Boboiboy ini RM19.90 / satu. Topi Boboiboy pula berharga RM25.90.

Kadang-kadang yang buat ibu jadi geram, dak Boboy ini, kalau dapat mainan, sehari dapat dah x cukup lengkap dah jadinya, ada je part yang hilang atau rosak. Tak sayang kan mainan! Mungkin bila minta senang dapat kot? Ya lah, anak seorang, tak belikan kesian pula. Bila dibeli, sekejapan je mainnya. Macam gambar atas tu, Boboiboy Angin dah kehilangan satu kakinya..hehe..kesian.

Eh!! Baju Boboiboy pun Mifzal Arsyad (Boboy) dah ada juga.

baju boboiboy

Boboy : “Ibu…ibu, saya boboiboy. (sambil buat aksi & gaya Boboiboy Kilat)
Ibu : “hehe…adik berlakon Boboiboy ke?”
Boboy : “tak…saya tiru je”

Posted from My Samsung Galaxy Note



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
484 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


6 Comments