Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 1438H / 2017


(Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 1438H / 2017)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tak sampai lagi, kita umat Islam akan menunaikan ibadah rukun Islam yang ketiga. Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua pembaca blog IbuMifzal yang beragama Islam. Seperti tahun-tahun sebelum, suka untuk ibu kongsikan info berkaitan dengan kadar bayaran zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia yang wajib dibayar.

zakat fitrah 2017

Kadar bayaran zakat fitrah bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia adalah berdasarkan sumber rasmi yang diperolehi dari Majlis Agama Islam bagi setiap negeri.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Bagi Tahun 1438H / 2017

BIL NEGERI KADAR ZAKAT FITRAH 1438H/2017
1. Johor RM7.00
2. Kedah RM7.00
3. Melaka RM6.70
4. Kelantan RM7.00
5. Negeri Sembilan RM6.50
6. Pahang RM7.00
7. Selangor RM7.00
8. Terengganu RM7.00
9. Sabah RM7.00
10. Perlis RM7.00
11. Pulau Pinang RM7.00
12. WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan RM7.00
13. Sarawak RM7.00
14. Perak RM7.00

BACA INI : Waktu Berbuka Puasa & Imsak Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia (Tahun 1438H / 2017)

Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada lima (5):

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.


Jom Kongsi!

Related Posts:

620 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge