Hati Seorang Ibu Yang Risau


Assalamualaikum WBTS & Salam Sejahtera

sebenarnya Mifzal Arsyad dh start demam hari sabtu lepas..tapi demamnya kejap ON & OFF, but sejak semalam demamnya dah ok..suhu badannya kembali normal…

TAPI, masa ambil Mifzal Arsyad dari taska, cikgunya bagitahu yang Mifzal muntah.. batuk dan selesema makin teruk…mmg masa demam ari sabtu tu ada batuk n selesema BUT x de la teruk sgt..tp hari ni jd makin teruk…batuknya mmg bunyi benar ada kahak dlm tekaknya..tengahari td pun, Mifzal Arsyad muntah.

balik je dr taska..ibu terus singgah ke klinik. bila doc check, doc kata…Mifzal Arsyad mcm ada simptom nak kena asma, paru2nya ada kahak..kata doc lagi bronchotis (if x salah dengar apa yg doc ckp tadi la)..terkejut la ibu sbb seblm ni bukan x pernah Mifzal Arsyad x de nak kena asma even selalu jgk demam, batuk selesema..ibu tanya doc, teruk ke keadaan anak ibu ni..n doc kata x teruk, biasanya akan sembuh, so dia bagi ubat n antibiotics…mujur x teruk…tp bila dengar ada simptom nak kena asma, mau x gelabah ibu….huhu

abah ada tanya ibu, asma ni keturunan kan?..sbb katanya belah keluarga dia x de asma..ibu ckp yg ibu tahu..mmg kalau ibu or abah ada asma..anak boleh kena jugak..tp abah n ibu x de asma…cuma masa ibu kecik dulu..mmg ibu pernah kena lelah..mungkin ikut gen ibu kot..huhu

yang buat ibu susah hati lagi sbb esok ibu akan ke KL, hari Sabtu & Ahad ibu ada kelas kat UUM KL..terpaksa ibu tinggalkan Mifzal Arsyad kat Abah je..cemana keadaan derang tanpa ibu…ibu pun sure x tenang..mesti duk fikirkan anak je..cemana nak tumpu perhatian dlm kelas…ya Allah..permudahkan la segala urusan hamba-Mu ini..

mifzal & ais krim

Gambar Mifzal tengah makan ais krim ni di ambil ketika Mifzal sihat

mmg kegemarannya adalah ais krim…tu  yg selalu kena selesema n batuk tuh..silap ibu jugak sbb kdg2 terlalu ikutkan kehendak Mifzal Arsyad ni…ya lah..x sampai hati bila tgk dia merayu2 nak ais krim or air milo kota yg sejuk tuh..maafkan ibu sayang…

ps : Mifzal Arsyad, sayang lekas sembuh ya…ibu x tegar melihat anak kesayangan ibu ni x sihat..kalau la boleh batuk n sakit itu dipindahkan..ibu rela menanggungnya sayang..



Jom Kongsi!

Related Posts:

614 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


3 Comments

  1. Pingback: Simpton Asma Di Kalangan Kanak-Kanak

  2. Pingback: Risaunya Hati Ibu