Harga iPhone 6 & 6 Plus di Malaysia

Peminat-peminat telefon pintar Apple iaitu iPhone sudah pasti begitu teruja menantikan kehadiran iPhone 6 dan iPhone 6 Plus ke Malaysia tidak lama lagi. Seperti yang telah diketahui, iPhone 6 dan 6 Plus akan dijual bermula 6 November 2014 ini. Ramai yang teruja untuk mengetahui harga jualan rasmi yang ditawarkan bagi kedua-dua peranti ini. Ibu pun teruja, walaupun tiada perancangan untuk membelinya.

apple iphone
iPhone

Berikut adalah Harga Jualan Rasmi iPhone 6 & 6 Plus. Pihak Apple menawarkan iPhone 6 mengikut versi kapasiti storage seperti berikut :-

Harga iPhone 6 & 6 Plus
iPhone 6 16GB RM2399
iPhone 6 64GB RM2749
iPhone 6 128GB RM3149
iPhone 6 Plus 16GB RM2749
iPhone 6 Plus 64GB RM3149
iPhone 6 Plus 128GB RM3549

Wow!! harganya. Terbeliak biji mata :p. Tapi pada yang berkemampuan, harga mahal bukanlah suatu masalah kan. Pasti berebut peminat-peminat iPhone mendapatkan telefon pintar ini setelah dijual secara rasmi di Malaysia.

Pihak Telco di Malaysia juga dilihat telah membuka pra-tempahan dua peranti ini. DiGi menawarkan iPhone 6 dengan harga serendah RM1,181.00 dan iPhone 6 Plus dengan harga RM1,516.00 manakala Maxis pula menawarkan iPhone  6 dengan harga serendah RM659.00 dan iPhone 6 Plus dengan harga RM999.00. Celcom pula masih belum menyatakan pakej iPhone 6 & 6 Plus yang ditawarkan kepada pelanggan mereka.

Untuk speksifikasi iPhone 6 dan iPhone 6 Plus, sila rujuk website Apple 

ps : Masih setia dengan iPhone 5 🙂

 1,505 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*