BR1M 2015 – Borang Permohonan Baru & Kemas Kini Maklumat Secara Manual


(BR1M 2015 – Borang Permohonan Baru & Kemas Kini Maklumat Secara Manual)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kengkawan yang dapat BR1M dah buat permohonan atau kemas kini maklumat dah ke? hari ini 1 Disember 2014 (Isnin), permohonan secara online dan manual dibuka. Begitu juga untuk kemas kini maklumat bagi pemohon yang dah berdaftar.

borang br1m

Ibu dan Abah Mifzal tak layak menerima BR1M :'( . Tapi tak mengapalah..sob..sob…bagi pada yang lebih memerlukan. Pada yang dapat tu seronoklah. Kat opis ibu ni, ibu dan bos ibu je tak dapat, staff lain, alhamdulillah rezeki diaorang dapat.

Walaupun x dapat, kalut juga memuat turun borang permohonan manual BR1M ni. Jenuh menunggu page loading, tak pasti sebab streamyx kt opis ini yang slow atau website e-Brim yang ramai orang akses. Bos ibu nak kan borang manual. Dia merangkap Ketua Kampung, nak distribue borang bagi ke orang kampungnya yang layak lah..

Alang-alang dah ada borang manual ni.. ibu kongsikan je lah kat sini. Incase korang tak dapat nak download dari website e-BR1M kan.

untuk borang permohonan manual, sila klik link di bawah,

1. Borang Permohonan Baru BR1M 2015 Secara Manual

2. Borang Kemas Kini Permohonan BR1M 2015 Secara Manual

Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan.

Manakala untuk pendaftaran dan kemas kini maklumat secara online kena ke website e-BRIM di https://ebr1m.hasil.gov.my/



Jom Kongsi!

Related Posts:

281 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge