Alhamdulillah, Segulung Ijazah

Alhamdulillah, segulung ijazah di dalam genggaman. Akhirnya, apa yang ibu impikan tercapai. Selama 4 tahun lebih menggalas tugas sebagai isteri, ibu, pekerja dan pelajar berbaloi jua. Tanggal 28 Oktober 2015 adalah tarikh yang bersejarah dalam hidup ibu. Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia memeterai segulung ijazah yang didambakan ini.

segulung ijazah di majlis konvo UUM 3015
Majlis Konvo UUM ke-28

Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia ke-28 berlangsung dari 24 – 28 Oktober 2015 yang lalu. Sesi konvokesyen ibu adalah sesi terakhir iaitu ke-9 di mana khas untuk graduan-graduan PJJ.

konvokesyen ibumifzal dan segulung ijazah
Di atas pentas Dewan MAS, menerima segulun ijazah

Ibu, Abah dan Mifzal ke UUM, Sintok sehari lebih awal kerana perlu mengambil jubah terlebih dahulu dan menghadiri makan malam graduan PJJ. Jarak yang jauh dari rumah membuatkan kami terpaksa bermalam di sana. Kami bertiga sahaja. Ahli keluarga yang lain tidak dapat hadir kerana ada kekangan masing-masing. Agak terkilan juga kerana mak ibu tidak dapat hadir kerana tidak sihat (luka kaki akibat diabetes) walhal, mak ibu lah orang yang paling bersemangat untuk pergi ke majlis konvokesyen ibu…sedih tapi dah tak ada rezeki kan. Abah mifzal pun tak dapat masuk Dewan MAS kerana perlu menjaga Mifzal. Ya lah, kan kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh masuk dewan. Nampak gayanya “berkonvo seorang” lah ibu. Tapi tak mengapa, kehadiran Abah Mifzal dan Mifzal sendiri sudah cukup mengembirakan hati ibu.

Segulung Ijazah Yang Berharga

konvo UUM ibumifzal dan segulung ijazah
Kenangan terindah.

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kerana dengan izin Allah SWT, ibu mendapat kelulusan ijazah kelas pertama. Merasalah juga memakai selempang kuning dan menerima pingat Anugerah Timbalan Naib Canselor  berserta sijil. Ini adalah hadiah teristimewa untuk keluarga ibu yang tersayang dan rakan-rakan kerana sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada ibu untuk meneruskan pengajian sehingga lulus dengan jayanya.

Tahniah juga ibu ucapkan kepada semua graduan-graduan UUM yang sama-sama berkonvo :D.

 4,520 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

7 Comments

  1. alhamdulillah tahniah ainey!! im proud with u, tahniah dapat ijazah dgn sangatcemerlang!!! memang berbaloi usaha dan penat lelah ainey dgn sokongan org tersayang 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*