YES 4G : 10x Lebih Laju Dari 3G

Sangat teruja bila ibu semak ada coverageSangat teruja bila ibu semak ada coverage YES 4G : 10x lebih laju dari 3G di kawasan tempat tinggal ibu. Fikir punya fikir, ibu sudah lelah dengan khidmat 3G di kawasan sekitar rumah di kawasan tempat tinggal ibu. Fikir punya fikir, ibu sudah lelah dengan khidmat 3G di kawasan sekitar rumah ibu. EVDO Streamyx Wireless modem yang ibu guna sebelum sudah seperti barang hiasan pula. Berkelip-kelip sahaja lampu signal (tiada signal). Sudah 2 minggu masalah berlarutan. Kali ini, sudah malas mahu buat report kepada TM. Kalau ada connection pun, jenuh menunggu page loading sampai fed up. Service 3G Maxis, Celcom, Digi mahupun Umobile juga tidak ada, Tidak banyak pilihan tinggal di kawasan ini. Tidak seperti di bandar. Pilihan banyak sampai tak terpilih :p

Akhirnya, ibu melanggan pakej Super Internet YES. Ibu pilih Huddle modem kerana ibu sukakan modem yang portable, yang boleh diangkut ke sana ke mari. Langganan bulanan RM68 untuk 4Gb kouta. Rasanya cukup untuk penggunaan kami sekeluarga.

4G Yes

 

spech huddle YES

YES 4G : 10x lebih laju dari 3G

Mula-mula Abah Mifzal, sedikit tidak bersetuju ibu mahu mencuba pelan internet dari YES ini kerana bimbang tidak berbaloi di kawasan rumah kami. Al-maklumlah tinggal di kawasan yang jauh juga dari pekan besar. Namun selepas menggunakannya 2-3 hari ini nampaknya setiap kali buka PC, laptop atau smartphone masing-masing, kami tersenyum lebar. Sudah tidak perlu menunggu lama untuk mengakses internet. Tahu lah, tahap kesabaran menunggu ibu ini agak nipis kalau bab-bab internet ini :p

Walaupun warna signal merah di sini tetapi kelajuannya melebihi 3G. Jika warna signal kuning atau hijau, tentu kelajuannya macam roket..hehe.

Kepada yang mahu merasai kelajuan capaian internet mungkin seperti roket (di kawasan yang ada liputan), boleh lah melanggan YES.

 4,947 jumlah dibaca,  3 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

17 Comments

  1. ibu nk tanya , ada tak harga yg bawah rm68? sy tinggal dekat felda yg takde 3g agak2 boleh guna tak ek.huhu sy skang guna wifi kat rumah ,tapi ssh laa nak bawak kemane2./

    • pakej bawah rm68 ada..kalau x silap sy rm48 utk qouta 1.5 gb atau 1gb..( kena refer website yes.my. rumah mak mentua sy juga di felda…n ada coverage..apa2,better check dulu coverge yes 3g ni..selalunya ada sbb sekolah byk guna yes so kita leh tumpang pencawangnya..

  2. itu lah..setakat ni puas hati sbb line merah pun boleh surf internet tanpa gangguan..itu belum line hijau lg kat kawasan rumah sy ni..hehe..kalau hijau, mahu berdesup je loading…hehe

  3. haaaa… okay lah tu. Jika ibumifzal kata guna EVDO, saya kira lokasi rumah adalah di kawasan agak jauh dari bandar.. kat mana tu yea..
    tapi, hope okay lah guna mana2 yang dapat coverage..

    • mmg jauh juga dr bandar besar..sy tinggal di area sungkai, perak.

      tp guna EVDO tu bukan sbb kt tempat sy x de streamyx ttp sbb cable telefon selalu kena curi..hehe

    • kalau ada coverage mmg berbaloi amik sbb broadband celcom tu just dpt 3G je..YES ni 4G.

      tp yg ni ada contract la 2 tahun..kalau amik broadband YES (dpt guna 1 device je) contract 1 tahun..byr mula2 RM50..kalau pakej cam sy ni kena byr RM150 mula2..

    • hehe..hopefully lancarlah..sbb area rumah sy ni signal masih weak to still boleh guna n laju dr 3G

      psl google adsense, ya boleh guna di blog BM. sy ada guna di blog ini..

      hari tu ada kena blocked sbb sy bubuh script adsense kt alternate ads komli (langgar polisi adsense)..tp skang dah di re enable balik..lepas sy dah buang script kt komli alternate ads.

      https://ibumifzal.com/google-adsense-now-re-enable/

      yg penting jgn langgar policy adsense ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*