Unifi? Orang Lain Dah Berzaman Guna :p

Tajuknya pun :p tapi memang ya pun. Orang lain dah lama dah dapat guna perkhidmatan unifi yang ditawarkan oleh TM. Tapi ibu baru nak merasa. Dapat la juga merasa Unifi sebelum raya puasa tempoh hari.

pakej unifi
Pakej Unifi Lite 10 Mbps

Sebelum ini, ibu pernah bercerita mengenai perkhidmatan Streamyx 8Mbps yang ibu guna. Tidak lah lama pun guna baru setahun lebih baru lah TM menaiktaraf pekhidmatan internet di kawasan kediaman ibu ini. Jiran-jiran ibu sudah dahulu melanggani Unifi Lite. Hanya pakej ini sahaja yang baru ditawarkan setakat ini. Jadilah. Lagipun, baru-baru ini TM telah mengumumkan naiktaraf pakej Unifi sedia ada bermula 15 Ogos 2015. Proses menaik taraf ini dijangka selesai pada tahun hadapan. Senyum ibu. Lepas ini merasa lah kelajuan sehingga 100 Mbps :p

BACA INI : Langgan ‘Streamyx 8Mbps Bundle With Hypptv’

Langganan Pakej Unifi

Pakej asal langganan yang ditawarkan adalah bernilai RM149.00 sebulan. Tetapi, ibu memilih untuk menyah-langgan perkhidmatan talian tetap percuma yang bernilai RM20.00 sebulan. Bukan apa, pasti ibu jarang menggunakan telefon rumah kerana sudah ada telefon bimbit. Tetapi sekira menggunakannya, kadar yang akan ditetapkan adalah pay as use. Ini lebih menjimatkan pada hemat ibu dan ibu  juga dapat menikmati langganan yang lebih murah daripada sebelum ini serta dengan kelajuan yang lebih laju terutamanya bagi upload iaitu 5Mbps (sebelum hanya 0.5Mbps). Walaupun ada juga rasa kelajuan sekarang tidak lah jauh beza dengan yang dahulu. Tak apalah, yang penting ibu puasa hati sebab dapat kurangkan komitmen bil bulan. Zaman sekarang ini zaman berjimat :p

pemasangan unifi
Modem Unifi

Datang sekali dengan langgan ini adalah hypptv. Pakej hypptv yang ibu pilih adalah pakej Ruby. Yang penting ada siaran untuk drama korea… hehe.

ps : tak sabar pula nak tunggu naik taraf kelajuan 😀

 1,981 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*