Ulang Tahun Ke-10 Perkahwinan

Sedar tak sedar rupanya sudah 10 tahun kahwin. Hari ini 27 Mei 2017, jam 10.15 pagi, genaplah 10 tahun umur perkahwinan ibu dan Abah Mifzal. Sungguh terasa sekejap masa berlalu. Alhamdulillah, tarikh ulang tahun ke-10 perkahwinan kami pada tahun ini sama pula dengan hari pertama umat Islam memulakan ibadah puasa. Oh! ya. Tidak ketinggalan untuk ibu juga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog IbuMifzal.Com yang beragama Islam.

ucapan ulang tahun ke-10 perkahwinan
Tema Maroon + Gold/Silver

Tersenyum bila lihat gambar-gambar lama. Turut terasa umur yang sudah makin meningkat. Mifzal juga sudah besar, 9 tahun sudah usianya. Alhamdulillah, ibu sangat-sangat bersyukur  di atas setiap rahmat yang Allah SWT berikan kepada kami sekeluarga. Harapan ibu agar jodoh kami berkekalan hingga ke Jannah dan sentiasa diberkati oleh Allah SWT….Aamiiin…

BACA INI : Hadiah Anniversary?

ulang tahun ke-10 perkahwinan ibu mifzal
Tema Kuning

Ucapan Ulang Tahun Ke-10 Perkahwinan

Abah Mifzal,

“Terima kasih yang tidak terhingga kerana menerima diri ibu seadanya. Sepanjang 10 tahun ini, banyak yang sudah kita lalui bersama. Ibu sangat-sangat gembira dan bersyukur kerana Abah sentiasa ada di sisi. Segala pengorbanan Abah amat Ibu hargai. Terima kasih suamiku”.

 1,695 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*