Selalu menghadapi masalah anak kena ruam lampin? Kesian kan kat anak..asyik merengek je sebab sakit dan tak selesa. Disini ibu ingin kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan anak terkena ruam lampin.
1) Tukar lampin sebaik sahaja bayi membuang air besar
Kulit bayi sensitif terhadap najis. Kadangkala ia menjadi kemerah-merahan seketika, tetapi akan hilang dalam 10-15 minit. Tetapi sekiranya najis di biarkan lama bersentuhan dengan kulit, ruam lampin akan terjadi.
2) Cuci dengan air sahaja
Elakkan penggunaan ‘wet wipes’ kerana kandungan bahan kimia dalam wipes boleh menimbulkan iritasi pada kulit bayi. Jika perlu menggunakan sabun, pastikan ia mengandungi pelembab agar tidak mengeringkan kulit bayi.
3) Bersihkan dengan teliti
Bilas 2-3 kali untuk memastikan seluruh kawasan punggung dan kemaluan tiada sisa-sisa najis.
4) Biarkan terdedah kepada udara untuk 10-20 minit sebelum memakaikan lampin semula.
Alaskan tilam bayi dengan pelapik kalis air/tuala agar sekiranya bayi kencing, ia mudah di bersihkan. Jangan gosok dengan tuala untuk mengeringkan bayi, tepuk-tepuk dengan lembut sudah memadai.
5) Gunakan lampin kain berbanding lampin pakai buang
Kajian perubatan menunjukkan lampin pakai buang memerangkap lembapan di punggung bayi dan menjadikan kulit lebih mudah tercedera. Pada waktu malam, di cadangkan menggunakan 3 lapis lampin kain dan kerap menukar lampin.
BACA INI : Tips Menguatkan Daya Ingatan
6) Gunakan air yang lebih ketika mencuci lampin kain dan bilas lampin berulang-kali
Kemungkinan terjadi ruam adalah di sebabkan sisa detergen tertinggal pada lampin. Sekiranya boleh, sidai di bawah sinaran matahari untuk membunuh kuman.
7) Krim ruam
Anda juga boleh menggunakan krim ruam lampin. Contoh yang baik ialah yang emngadungi zinc oxide yang membantu membina lapisan penghalang pada kulit bayi. Elakkan steroid yang kuat seperti bethamethasone kerana ia boleh menipiskan kulit dan meninggalkan parut hitam pada kulit bayi.
Sumber : Email
1,194 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Leave a Reply