Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Lama tak layan lagu. Ibu ni memang jarang sebenarnya dengar radio dan layan dengar lagu. Namun, ketika memandu seorang diri ke Melaka Jumaat lalu, hanya radio menjadi peneman ibu di sepanjang perjalanan. Pertama kali mendengar lagu Black Feat. Malique ini menambat hati ibu. Lagu ini buat ibu teringat kepada kawan sekelas ibu yang baru sahaja kehilangan suami tercinta. Walaupun liriknya tak ada lah kena mengena sangat tetapi lagu Teman Pengganti buat ibu sebak. Semoga kawan ibu itu tabah dan redho atas ujian Allah ini. Kehilangan orang tersayang sememangnya amat menyakitkan.
Teman Pengganti – Black Feat. Malique
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
*Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Ulang *
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Download lagu ini di SINI
1,199 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
mmg sedap lagu tu..awek pon leh tahan cun.. 🙂
awek tu anzalna nasir kan..
saya suka juga lagu ni….
tu la..sy pun suka,…duk ulang main je lagu ni..
Aju minat sangat lagu ni, nak plak suara black ni sedap
kan..sedap lah suara black…suka sgt time part black nyanyi
suara dan lagu black memang sedap bu..hehe..berani drive sorg diri ekk..hehe
Tu la..mendayu je suara nga iramanya…
nak buat cemana..kena la drive sendiri..suami ada kursus..x leh nak hantar ke Melaka..huhu