Telefilem Kekasih Awal Dan Akhir Lakonan Aaron Aziz & Siti Saleha

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pasti ramai yang menantikan kemunculan kembali gandingan pelakon Aaron Aziz dan Siti Saleha di layar perak kan.

Kedua-dua yg pernah membintangi drama bersiri Nora Elena akan muncul dalam Telefilem “Kekasih Awal Dan Akhir” arahan Aaron Aziz sendiri. Telefilem ini akan ditayangkan pada 9 November 2011 di saluran TV9 pada jam 8.30 malam.

Artis lain yang turut membintangi telefilem ini ialah Fauziah Ghous.

Sinopsis Telefilem “Kekasih Awal & Akhir”

‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron  Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang  kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat  dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib  iaitu Julia (Fauziah Ghous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh  hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih  daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing  telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ,  Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha.  Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal,  namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan  diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila  mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah  dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.

Bak  kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di  tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah  tidak seperti dahulu lagi.

Sumber : Nurizspace.com

Bila baca sinopsis telefilem..mcm simple je jln ceritanya..tp x tau la bila dh tgk lakonannya..mungkin lg best kan..

So..jgn lupa tonton ya 😉

Ps : kalu buat drama bersiri lg ok kot..boleh penonton follow dari awal hingga akhir..

Posted from WordPress for Android

 2,940 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*