Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Pasti ramai yang menantikan kemunculan kembali gandingan pelakon Aaron Aziz dan Siti Saleha di layar perak kan.
Kedua-dua yg pernah membintangi drama bersiri Nora Elena akan muncul dalam Telefilem “Kekasih Awal Dan Akhir” arahan Aaron Aziz sendiri. Telefilem ini akan ditayangkan pada 9 November 2011 di saluran TV9 pada jam 8.30 malam.
Artis lain yang turut membintangi telefilem ini ialah Fauziah Ghous.
Sinopsis Telefilem “Kekasih Awal & Akhir”
‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Ghous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.
Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.
Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.
Sumber : Nurizspace.com
Bila baca sinopsis telefilem..mcm simple je jln ceritanya..tp x tau la bila dh tgk lakonannya..mungkin lg best kan..
So..jgn lupa tonton ya 😉
Ps : kalu buat drama bersiri lg ok kot..boleh penonton follow dari awal hingga akhir..
Posted from WordPress for Android
2,949 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini