Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
ibu perasaan, banyak keyword masuk yg mencari info mengenai tarikh result UPSR 2011 keluar… (Sila lihat UPDATE -scroll ke bawah)
setahu ibu, tarikh tersebut belum diumumkan..mungkin akan diumumkan dlm waktu2 terdekat kot….calon2 UPSR dan ibu bapa tengah gementar menunggu keputusan kan..ibu x de anak amik UPSR so, mungkin x dpt nak rasai gementar itu..x per..yang penting dah usaha kan..insya Allah result cemerlang
ibu ada google jugak nak cari info ttg tarikh tuh..tp rata2 hanya memberi ramalan sahaja…x de tarikh tepat..ibu tanya Abah Mifzal, pun x de maklumbalas gak..ya la tarikh belum diumumkan lg kan..
tp kalau nak diikutkan ibu setelah membuat sedikit penyelidikkan (ya la sangat..hahah), ibu jangkakan, result UPSR 2011 akan keluar pada minggu ke 2 @ ke 3 bulan November..meaning minggu depan atau minggu depan 1 lagi..since result selalunya keluar sebelum cuti sekolah kan..mungkin lebih detail, tekaan ibu pada 10 November 2011 (Khamis) @ 17 November 2011 (Khamis).
jangkaan ini dibuat bila ibu tgk2 tarikh2 result UPSR yg kuar pada tahun sebelumnya iaitu (sumber dari isupanas.com)
- Keputusan UPSR 2010 diumumkan pada 11 November 2010 (Khamis)
- Keputusan UPSR 2009 diumukan pada 19 November 2009 (Khamis)
- Keputusan UPSR 2008 diumukan pada 13 November 2008 (Khamis)
hehe..jadi ahli nujum plak..buat2 ramalan..hehe…saja je..mengisi masa lapang..
nanti ibu update maklumat terkini tarikh tersebut ya..
UPDATE :
Tarikh rasmi keputusan UPSR 2011 keluar ialah pada 17 November 2011 (Khamis)..yeah..tepat tekaan ibu..hehe
ps : semoga mendapat result yg cemerlang.. 🙂
1,035 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Leave a Reply