Suka Pakai Tudung Fareha Anti Kedut

Mungkin ramai dah tahu pasal tudung bawal chiffon berjenama Fareha yang menggunakan tagline anti kedut kan? Ibu sekarang ini pula suka pakai tudung Fareha anti kedut ini. Sebenarnya, lebih kepada baru berjinak-jinak untuk memakainya.

tudung fareha anti kedut
Suka pakai tudung Fareha anti kedut

Ibu suka dengan tudung jenis bawal kain chiffon. Biasanya, sebelum ini beli yang murah-murah sahaja yang tak sampai pun RM10 sehelai harganya. Tengok pada jenis kain juga, kalau chiffon jenis yang lembik yang susah untuk dibentuk, ibu tak suka pakai. Lebih suka kepada kain chiffon yang sedikit kasar or keras.

Okay, berbalik kepada tudung Fareha anti kedut ini, ibu mula cuba untuk memakainya pada tahun lepas. Suka dengan tekstur kain chiffon yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Tambahan dengan corak yang menarik dan sesuai dipakai dengan baju tiada corak atau plain.

Ibu dengan Fareha ?

Walaupun tagline tudung ini adalah anti kedut, ibu belum cuba lagi untuk memakainya tanpa perlu menggosok terlebih dahulu. Sudah jadi tabiat barang kali. Sebelum pakai, mesti nak gosok juga. Apa pun, kain tudung ini mudah digosok dan mudah dibentuk.

Koleksi Fareha terbaru di pasaran SE 8.0

Koleksi ibu masih tidak banyak walaupun Fareha telah mengeluarkan banyak koleksi mereka. Yang terkini adalah koleksi Edisi Raya Special Edition 8.0. Maklum lah, ibu baru berjinak-jinak. Ibu beli sedikit-sedikit dan bukan boleh borong sekali gus. Mujur harganya tak mahal sangat. Sehelai cuma RM27.00. Tidak seperti adik ibu, kalau dia dah suka, terus beli banyak. Hehe. Ibu biasanya akan beli untuk disesuaikan dengan baju. Insya Allah, tengah menambah koleksi baju kurung yang berwarna plain tanpa corak untuk kerja. Jadi, boleh lah disesuaikan dengan tudung Fareha nanti. 😀

 2,894 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*