Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Shahir (AF8) Berhenti Menyanyi Dakwa Dianiaya


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

mmg lama kan x dengar berita Shahir AF8, ibu lg la sebab mmg x de la minat sangat nga dak Shahir ni..cuma tau dia org Tapah, Perak n pernah sekelas nga adik pada biras ibu je…heheh..rupanya skang ni dia dah nak berhenti menyanyi dah…jom baca berita kat bawah ni.

PETALING JAYA: Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.

Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.

“Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.

“Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini,” kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.

Tambahnya: “Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.

“Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).

“Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini.”

Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan ‘ghaib’ dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya.

Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat.

Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika.

Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan.

Namun pemuda tersebut menafikan perkara itu sebaliknya menganggap hubunganmereka sekadar teman biasa.

Pihak mStar cuba mendapatkan Shahir dan keluarganya, namun mereka gagal dihubungi.

Sumber : Mstar Online

ps : oo..gitu ceritanya…ada hikmahnya la tu..sbb dgr cerita Shahir AF8 ni berpendidikan sekolah agama & UIA..so ibu rasa cam x elok je terbabit nga dunia seni yg melaghakan ni..kalau nak berdakwah pun biar lah kena cara..ibu pernah tgk Shahir AF8 berlakon movie Karak arahan KRU Studio tuh…x elok lalu..bila ada adegan berpegang2 tangan n sebagainya dgn bukan muhrim..x kan x tau hukum kot? awak budak sekolah agama..huhu..

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge