Rutin Seorang Pelajar

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ketika entri ini di ‘published’ kan. Ibu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Ini adalah rutin bulanan ibu setelah bergelar seorang pelajar semula sejak Januari 2011. Tak sangka dah setahun lebih dah bergelar mahasiswi.

Hari ini dan esok (Ahad, 5.8.2012), kelas ibu bermula pada jam 8.00 pagi. hingga 12.00 malam. Jangan terkejut, bukan la kelas berterusan hingga ke malam. Ada waktu lapang dari jam 1.31 petang hingga 7.59 malam. 2 hari kelas untuk 5 subjek mmg memenatkan. Ini adalah pertemuan kedua bersama lecturers. Mujurlah kelas sebulan sekali je..kalau tiap2 minggu begini..aduhai tak larat ibu.

Assignment yang kena hantar pada pertemuan ni dah pun ibu siapkan semalam..last minute buat..biasalah..huhu..sikap yang tak pernah berubah ;p. Quiz pun ada pagi ini, semalam sempat jugak ibu belek2 buku.hehe..ntah faham ke tidak. Harap boleh la jawab dengan jayanya. Biasalah, bila bergelar pelajar separuh masa ni, banyak benda yang kena dan nak dibuat, itu yang last-last minute baru boleh buka buku…hehe buat syarat. kalau x buka kan takut rasa menyesal plak..

Gambar : sempat juga buat soalan latihan petang semalam… 😀

ps : 2 hari ni, rasanya x sempat nak bukak blog…

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge