Restoran Di KLCC Terbakar


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

KUALA LUMPUR: Kebakaran kecil berlaku di sebuah restoran di aras bawah Suria KLCC petang tadi, menyebabkan orang ramai dan peniaga gempar apabila diminta segera keluar meninggalkan pusat membeli belah itu.

Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, sistem saluran asap di bahagian dapur premis berkenaan terbakar menyebabkan asap tebal di bumbung Suria KLCC hingga boleh dilihat dari jauh.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan api dapat dikawal selepas kira-kira 20 minit.

Petugas keselamatan KLCC mengambil masa 15 minit mengeluarkan orang ramai dari pusat membeli belah itu sebelum ia ditutup untuk kerja pemadaman api dan pemeriksaan keselamatan.

Sumber : Berita Harian

Ps : huhu..kalau ada kat sana sure cemas kan, mujur kebakaran dpt dikawal n tiada yang cedera..

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge