Anak ibu, Mifzal selalu request untuk makan pizza. Selalunya ibu beli saja di Pizza Hut ataupun Domino’s yang berdekatan dengan tempat kerja ibu. Kadang-kadang terfikir juga untuk masak sendiri. Siapa tak nak bagi makan anak dengan air tangan sendiri kan? Hehe. Ibu pun apa lagi, google-google lah mencari resipi doh pizza yang gebu di internet. Zaman teknologi internet sekarang mesti bersepah resipi yang best untuk dicuba kan!
Ibu tertarik dengan resipi doh pizza daripada Aziekitchen. Jikalau lihat pada senarai bahannya memang sangat simple. Bahan-bahannya mudah diperolehi. Ibu membuat keputusan untuk menggunakan resipi ini untuk percubaan pertama kali membuat doh dan memasak pizza untuk anak teruna kesayangan ibu ini.
Baiklah, jom ibu kongsikan resipi doh pizza yang ibu cuba buat ini. Resipi ini ibu ada derhaka sedikit. Bukan apa, ikut kesesuaian bahan-bahan yang ada di rumah.
Resipi Doh Pizza Yang Gebu
Bahan-bahan :-
1 1/2 cawan Air Suam
2 sudu kecil Yis Mauripan
Secubit Cula
4 cawan Tepung Gandum
1/4 sudu kecik Garam
1/4 cawan Minyak Masak
BACA INI : Resipi Keropok Lekor Kegemaran Ibu
Cara-cara Membuatnya :-
-
- Yis dicampurkan dengan air suam dan gula dan dibiarkan tanpa dikacau selama 5 minit.
- Bahan-bahan kering iaitu tepung gandum dan garam disatukan dan diayak.
- Dengan membuat lubang di tengah-tengah tepung, minyak masak dan yis yang telah kembang dimasukkan ke dalam tepung gandum tadi.
- Kemudian adunan tersebut diuli sehingga menjadi doh. Doh disapu dengan sedikit minyak masak dan dibiarkan selama 30 minit.
- Apabila doh menjadi kembang, tumbuk doh untuk membuang angin dan bahagikan doh kepada 3 – 4 bahagian (bergantung kepada saiz)
- Leperkan doh pizza ke dalam loyang pizza yang telah disapu dengan sedikit minyak atau mentega.
- Kemudian sapu sos tomato dan taburkan isi topping yang disukai.
- Doh pizza dibakar di dalam oven dengan suhu 200 darjah celcius selama 20 minit.
Bila pizza sudah masak, anak ibu tidak menunggu lama untuk menikmatinya. Kata anak ibu, pizza ini sangat sedap. Alhamdulillah, lepas ini, jarang lah kami ke Pizza Hut dan Domino’s. Bila dah boleh buat sendiri buat apa nak beli kan! Hehe.
1,874 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
bila anak dah besar memang selera nak makan, jadi mak-mak ni memang dah kena belajar bab masak-masak. Nampak menyelerakan pizza ni ainey, wajib cuba!!