Pada hari Selasa lepas, ibu ada berborak dengan boss ibu mengenai tarikh pembubaran parlimen dan mengundi.
Katanya, menurut maklumat yang beliau perolehi, jangkaan tarikh adalah seperti berikut :-
20hb Februari 2013 – Tarikh Pembubaran Parlimen.
16hb Mac 2013 – Tarikh Hari Penamaan Calon
30hb Mac 2013 – Tarikh Pengundian PRU 13
Boss ibu adalah seorang yang bergiat agak aktif dalam parti dan rapat dengan YB di kawasannya.
Ibu juga ada membaca di BeritaSemasa.Com. Tarikh jangkaan lebih kurang sama cuma yang berbeza tarikh pembubaran parlimen. Mandat pemerintahan Kerajaan akan tamat pada 28 April 2013. Jika pembubaran Parlimen tidak dibuat sebelum tarikh tersebut maka Parlimen akan terbubar dengan sendirinya.
Secara peribadinya, ibu tidak sabar untuk mengundi pada Pilihan Raya Ke-13 ini. Ini bakal merupakan pengalaman mengundi ibu yang pertama di pilihan raya di Malaysia.
Berdaftarnya sudah lama. Dari tahun 2003 lagi kalau tak silap ibu. Nama ibu ada dalam senarai pengundi bagi Pilihan Raya ke – 12 pada tahun 2008 tetapi sudah tersurat tidak dapat pulang mengundi di kampung kerana ketika itu ibu masih berpantang selepas melahirkan Mifzal Arsyad di rumah mertua.
Pilihan Raya kali ini, andai tiada aral, ibu akan cuba menunaikan tanggungjawab sebagai warga Malaysia untuk mengundi.
Kengkawan dah boleh mengundi? Jom buat semak. Semakan Daftar Pemilih bagi Pilihan Raya Ke-13 ini boleh disemak di laman seperti berikut :-
http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/
www.pru13.gov.my
1,414 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
ambe dah 2 kali mengundi…pertama kali pada tahun 2004 dan kedua pada tahun 2008…
selamat mengundi juga 🙂
kat area saya dah penuh dengan bendera BN.. rasanya dah dekat nak pilihan raya nie..
huh dah semakin dekat dah nie…:)
tahun ini tahun pertama nk mengundi, emm new experience 😉