Permohonan Tabung Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak Dibuka Sehingga 14 Ogos 2011


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pelajar yang merupakan anak Perak digesa merebut peluang dengan memohon Pinjaman Pengajian Tinggi Perak yang mempunyai dana berjumlah RM5 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sumber Manusia, ICT, Sains dan Teknologi, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata sebahagian besar dana pinjaman itu masih tersedia kerana sehingga semalam hanya 705 permohonan diterima.

Katanya antara permohonan yang diterima adalah 664 oleh Melayu, 16 Cina dan 25 India sejak permohonan dibuka pada 6 Julai.

“Dana pinjaman ini masih banyak dan saya seru pelajar anak Perak supaya merebut peluang momohon pinjaman pelajaran yang disediakan kerajaan.

Keistimewaan pinjaman ini berbanding pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ialah tiada sebarang faedah dikenakan ke atas jumlah pinjaman,” katanya kepada pemberita.

Zahir berkata pelajar boleh mengemukan permohanan mereka kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum 14 Ogos ini.

Katanya kelayakkan bagi pinjaman itu adalah anak-anak Perak dan pemastautin melebihi 10 tahun yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Kadar pinjaman yang ditawarkan mengikut peringkat pengajian ialah RM5,000 setahun bagi peringkat diploma, RM6,500 untuk ijazah sarjana muda jurusan sains dan RM6,000 untuk jurusan sastera.

Bagi penuntut peringkat sarjana, pinjaman yang ditawarkan ialah RM10,000 setahun manakala bagi penuntut doktor falsafah, jumlahnya ialah RM15,000 setahun, katanya.

Katabta selain itu, peminjam peringkat sarjana muda yang mendapat kelulusan ijazah kelas pertama berpeluang untuk memohon pinjaman boleh ubah atau ditukarkan kepada biasiswa bergantung kepada penilaian Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Anak Perak.

Pinjaman sebanyak RM12,000 setahun pula ditawarkan kepada pelajar jurusan pengajian Islam di Jordan serta RM6,000 setahun untuk pelajar jurusan pengajian Islam di Mesir, katanya.

Maklumat lanjut mengenai Pinjaman Pengajian Tinggi Perak boleh didapati melalui laman web kerajaan negeri perak www.perak.gov.my. Permohonan boleh dihantar melalui http://epinjaman.perak.gov.my

Sumber : Perak News

untuk lihat iklan tawaran pinjaman SILA KLIK SINI

ps : bestnya, banyak peluang utk dptkan bantuan kewangan menyambung pengajian ke IPTA (Full Time), banyak ibu duk survey ni..tp peluang utk ibu belum ada sbb ibu ambik PLK atau PJJ..huhu tp loan ni pun mmg x layak pun ibu sbb bukan anak perak pun..cuma bermastautin je kat Perak baru 3 tahun lebih..huhu..x pe la..x de peluang utk ibu hope bantuan2 ni masih ada lg pada zaman anak2 ibu nnt..supaya senang derang sambung belajar.. 

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge