Pengantin Diraja : Kelantan & Brunei

Tahniah diucapkan kepada Pengantin Diraja Kelantan & Negara Brunei Darul Salam iaitu YAM Tengku Amalin Aishah Putri yang telah selamat diijab kabulkan dengan YAM Pangiran Muda Abdul Qawi pada 27 Jun 2013 (Khamis) di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

pengantin diraja tengku amalin aishah puteri

YAM Tengku Amalin Aishah Puteri merupakan adinda bongsu DYMM Sultan Mohammed V. Dan, YAM Pangiran Muda Abdul Qawi anakanda kedua DYMM Paduka Seri Pangiran Perdana Wazir Sahibulhimmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

Majlis perkahwinan antara kedua mempelai diraja ini sangat meriah dan diadakan di Istana Mahkota, Kubang Kerian jam 8.45 malam, 27 Jun 2012. Dan, majlis persandingan pula pada keesokan harinya, 28 Jun 2013 di Istana Negeri. Lebih kurang 1,000 tetamu dijemput daripada dalam dan luar negara telah hadir pada majlis yang penuh adat istiadat itu. Pasangan pengantin juga dijangka akan turut menghadiri majlis istiadat bersanding di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Brunei, pada 6 Julai ini dan majlis istiadat doa kesyukuran pada 7 Julai ini.

Sama cantik sama padan. Semoga pasangan diraja ini sentiasa dirahmati Ilahi dan berbahagian sentiasa.

Sumber gambar : Facebook

 2,208 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

  1. burung jelatik burung jeladan
    sama cantik sama padan
    ibarat disinari cahaya rembulan
    semoga kekal bahagia berkekalan

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*