Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pelakon Fizo Omar Berhutang RM8 Juta?


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

ish..terkejut jgk baca berita mengenai pelakon drama Soffiya, Fizo Omar berhutang sampai RM8 Juta.. Berhutang, kalau zaman skang mmg x heran..kalau nak beli harta cam rumah or kereta, kalau cam org biasa je mmg la wajib berhutang..kalau org berduit lain cerita kan..

ok berbalik pada kisah Fizo Omar ni, mmg kesian la kalau nama beliau disalahgunakan oleh org yg x bertanggungjawab..org lain yg buat pinjaman..org lain kena bayar ya? haish…x adillll!!!

PENYALAHGUNAAN identiti seseorang individu untuk tujuan-tujuan tertentu seperti permohonan membuat pinjaman kewangan bukanlah suatu perkara yang asing di negara ini.

Namun begitu, tidak ramai individu yang menjadi mangsa mahu membuat aduan menyebabkan kejadian sebegitu dilihat semakin berleluasa dan turut membabitkan kerugian sehingga jutaan ringgit.

Terbaru membabitkan pelakon popular Wan Hafizol Wan Omar, 26, atau lebih terkenal dengan nama Fizo Omar setelah namanya telah digunakan sebagai penjamin untuk membuat pinjaman sebanyak RM8 juta.

Menyedari namanya telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Fizo lantas membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat Sukarelawan Peguam (SukaGuam) agar masalah yang dialaminya itu dapat diselesaikan segera, yang mana peguam yang mengendalikan kes Fizo ialah Datuk Datuk Khairul Anwar Rahmat. Berikut temu bual pelakon filem Kongsi itu bersama Kosmo!.

Kosmo!: Boleh ceritakan apa yang sebenarnya berlaku?

Fizo : Pada tahun 2008 yang lalu, seorang kenalan telah mengajak saya untuk menjadi rakan kongsi kepada penubuhan sebuah syarikat percetakan. Memandangkan tiada sebarang pelaburan dibuat, akhirnya saya bersetuju untuk menerima pelawaan rakan saya itu.

Selain menjadi rakan kongsi, saya turut dilantik sebagai Pengarah Urusan dan menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah. Namun, sepanjang bersama dengan syarikat tersebut saya langsung tidak pernah dibayar walau satu sen pun.

Berapa lama anda bersama syarikat berkenaan?

Saya tidak pasti tentang tempoh, tetapi apa yang saya ingat penyertaan saya bersama syarikat itu bermula pada awal tahun 2008 dan hanya beberapa bulan selepas itu saya mengambil keputusan untuk menarik diri kerana mahu memberi tumpuan kepada bidang lakonan.

Walaupun sudah tidak lagi terbabit dalam segala pengurusan syarikat, nama saya masih lagi dikekalkan sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah. Cuma saya tidak sangka nama saya telah digunakan untuk menjadi penjamin dalam pinjaman sebanyak RM8 juta tanpa pengetahuan saya.

baca berita selanjutnya di Kosmo Online

ps: huhu..hutang yg ribu2 pun dah risau..sahkan juta2…huhu mintak dijauhkan lah..

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge