Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Menggeleng kepala ibu bila baca berita kat Harian Metro Online ni mengenai kisah riwayat cinta sepasang kekasih meminum racun kerana cinta dihalang keluarga..aduhai..kenapa la pendek akal sgt..mengapa memilih jalan mudah yg salah? tgk si gadisnya bertudung litup..x kan x tau hukum membunuh diri tu macam mana..ini lah yg org kata..cinta boleh membuatkan hati dan akal manusia menjadi buta dan dungu..
SEREMBAN: Kecewa apabila cinta dihalang keluarga, sepasang kekasih nekad minum racun menyebabkan seorang lelaki maut manakala teman wanitanya kini koma di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) di sini.
Dalam kejadian jam 8 pagi semalam di rumah di Taman Bunga Sejati, Nyatoh, Rantau, di sini, Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, ditemui kritikal.
Seorang jiran, Suthir Baba, 26, menemui pasangan kekasih itu dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih.
Suthir berkata, dia menyedari kejadian itu ketika pulang dari bekerja jam 8.20 pagi selepas melihat wanita membuka pintu pagar dan kemudian masuk semula ke dalam rumah.
Menurutnya, selang beberapa minit dia terdengar bunyi orang bernafas kuat dari dalam rumah itu sebelum dia dan seorang lagi jiran meninjau untuk melihat apa yang berlaku.
berita penuh dalam Harian Metro
sedih tau..kerana ramai yg lebih pentingkan cinta dari agama dan keluarga..cinta pada manusia x menjamin kebahagian hakiki..tentu ada hikmah bila cinta x direstui keluarga..mungkin pasangan itu x sebaik yg diharapkan..redha la dengan ketentuan Allah..jgn pikir diri sendiri je..
ps : syukur alhamdulillah kerana cinta ibu & abah dipermudahkan Allah SWT.
880 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Leave a Reply