Nabila Huda (Anak Amy Search) Nekad Cerai?

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

aik..ibu jarang dengar gosip pasal Nabila Huda ni atau mungkin jugak sbb ibu x mengikuti kisahnya sbb ibu x berapa minat..bila baca harian metro tadi, ada plak kisah abil ni nekad nak mohon cerai.

KUALA LUMPUR: “Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya,” kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.

Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.

Katanya, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

“Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati.

Sumber : Harian Metro Online

hmmm…cerai adalah satu perkara yg halal tapi paling tidak disukai Allah SWT, apa pun puncanya kedua2 pihak perlu muhasabah diri.

ps : semoga Allah SWT sentiasa memelihara kebahagiaan rumahtangga ibu dan Abah Mifzal Arsyad. 

 899 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*