Melayan Minat Si Anak : Bola Kampung The Movie

Minggu lepas, ibu dan Abah Mifzal meluangkan masa melayan minat si anak kesayangan kami menonton filem Bola Kampung The Movie. Dah lama dah Mifzal request nak tonton. Iklan filem ini dari tahun lepas lagi tetapi ditunda tayangannya ke bulan Mac tahun ini.

Bersemangat Mifzal bila diberitahu akan ke Ipoh untuk menonton kartun kegemarannya. Siap tanya ibu lagu, “boleh ke boboy bawak bola?”. Ibu jawab “mana boleh”. Kalau dibenarkan, tak pasal-pasal ada budak main bola dalam panggung pula..hehe

Ibu tak dapat ambil gambar Mifzal yang sangat-sangat teruja ketika menonton filem ini. Takut pula hengak keuarkan handphone. Nanti orang ingat nak rakam pula :p

 

Olahan cerita memang sedikit berlainan dengan siri kartun Bola Kampung dan Bola Kampung Extreme yang ditayangkan di televisyen. Hanya ada dua babak sahaja perlawanan bola. Masa babak-babak awal dan akhir. Di pertengahan cerita, ibu seperti menonton cerita kartun aksi pula..hehe…Iwan, Sabok & Azizul masuk ke dalam computer game Kingdom Hill untuk menyelamatkan Puteri Amanda dan negerinya.

Bola Kampung The Movie

Lepas dah habis tengok, Mifzal request nak tengok lagi. Adeh!! lain kali la pula dik. Di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang, becok Mifzal bercerita mengenai kartun kesukaannya itu.

lukisan bola kampung mifzal arsyad

Di rumah pun keterujaan masih berbaki dan dizahirkan melalui lukisan. Lukisan budak umur 5 tahun, begitu lah gayanya. Mifzal..Mifzal… Mifzal anak ibu 😀

 14,098 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

11 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*