Majlis Convocation di Taska Permata Negeri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

lama dah nak buat entry pasal majlis convo di taska Mifzal Arsyad yang diadakan pada 19 Disember 2011 yang lepas.. masalah nak upload video persembahan kanak-kanak di Taska Permata Negeri Perak, Tapah baru dapat di atasi dan dapat diupload…saiz asal video tersebut terlalu besar dan format yang tidak dapat dibaca oleh sesetengah player melambatkan lg proses untuk mengupload video tersebut..

convo taska permata

majlis convo ini dibuat untuk meraikan rakan Mifzal Arsyad yang seramai 2 orang yang akan bersekolah di tadikan atau prasekolah..Mifzal Arsyad belum convo lagi..hehe..ada setahun lg di situ..

persembahan kanak-kanak Taska Permata Negeri Perak, Tapah ibu kira sangat istimewa..ibu bapa yang hadir dapat menyaksikan persembahan anak-anak mereka w/pun ada juga segelintir yang tidak memberi kerjasama termasuklah Mifzal Arsyad sendiri..biasalah budak-budak mana boleh duduk diam..tp yg mana beri kerjasama pada cikgu2 nya mmg sgt comel..mereka menari dan menyanyi bersama-sama…hehe..so cute..

Mifzal Arsyad? seperti biasalah..bukan boleh duduk diam budak aktif tuh..cikgu suruh menyanyi n menari..dia pergi main belon n kacau budak2 lain..huhu..anak ibu..anak ibu..w/bagaimanapun tidak lah sampai mencacatkan persembahan anak-anak lain..

okay..x mau celoteh panjang..jom kita saksikan persembahan istimewa anak-anak di Taska Permata Negeri, Tapah..

ps : kualiti video dah jd kurang after convert format ke MP4..yang paling tinggi itu MIfzal Arsyad dan yang paling x duduk diam itu juga Mifzal Arsyad..hehe

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge