Kopi Beracun Di Pasaran

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Petikan daripada Berita Harian

Eksklusif : Kopi Beracun

Kebanyakan produk haram dijual secara terbuka oleh peniaga warga asing

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan 40 jenis minuman segera dijual di pasaran mengandungi bahan beracun dan kimia seperti Sildenafil, Tadalafil, Verdabafil dan Sibutramine yang boleh membawa maut jika diambil tanpa pengawasan doktor.

Kebanyakan produk itu didapati dicampuri bahan racun berjadual yang digunakan sebagai perangsang seks dan bahan pelangsing yang kebanyakannya dibungkus di kilang haram di negara ini.

Berita lanjut dan untuk mengetahui cara kesan produk minuman dicampur racun, dapatkan akhbar Berita Harian di pasaran

Antara bahan2 yg dicampurkan ke dalam kopi segera ini adalah seperti

  • Sildenafil
  • Tadalafil
  • Verdabafil
  • Sibutramine

bahan2 ini adalah sejenis viagra atau dadah biasa yg digunakan untuk memberi tenaga tambahan, ia memberi kesan serius termasuk mati pucuk bagi lelaki dan jika digunakan oleh mereka yang mempunyai rekod penyakit (obesiti, jantung, darah tinggi) ia boleh mengakibatkan kematian. Kesan sampingannya juga akan mengakibatkan Psikosis iaitu perubahan sikap seperti kemurungan, kecelaruan, sedih daripada biasa (terlalu gembira atau sedih).

Antara produk minuman segera yang dikenal pasti dicampur dengan bahan terlarang dan sudah diuji oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan adalah seperti berikut :

  • Cafe Abang Yes
  • Candi Gold
  • Candi 193
  • Extend Up Energy Drink
  • Extremen
  • Extrewomen
  • Goji Guarana
  • Goji Guarana Extra
  • Goji More
  • Goji Yumberry
  • Guara Cafe
  • HBW Ice Lemon Tea
  • Hotton Vitality Candy
  • Ie2 O
  • King Capuccino
  • Knight Cofee
  • Kolek Cafe Power Plus
  • Kopi Angguk
  • Kopi Asmara
  • Kopi Bagus AAA
  • Kopi Pahlawan, Kopi Super Angguk
  • Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
  • Maca Max
  • Macagin Ginseng Candy
  • Mentalk Candy
  • Nexus MXP
  • Night Cafe
  • Red Enegizer Candy For Men
  • Royal Beverage Maqrifatun
  • Sasanergy Drink
  • Trica Jus
  • Tri-Max
  • True SR,
  • Vigor Candy
  • Vitca-F
  • Vitca-M
  • Winnie Beauty V1
  • XKL Sky Fruit Juice Premix
Sumber : Akhbar Berita Harian (15 Ogos 2011)

bahayanya..sebagai sebagai pengguna kena perlu lebih berhati-2 supaya tidak tertipu membeli minuman or makanan yg telah diekploitasi oleh manusia2 tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan semata2. akhirnya pengguna juga yang rugi…

ps : mujur lah ibu bukan lah seorang pengemar kopi..tp abah selalu minum kopi segera ni..selalu beli power root je..or kopi agromas FAMA.. 

 717 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*