Hujung minggu lalu ( 29 – 31 Julai 2016) telah berlangsung program Durian Fiesta 2016 yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Fiesta ini diadakan di 4 buah lokasi iaitu Dataran Merdeka KL, Raub Pahang, RTC Gopeng Perak & Balik Pulau, Pulau Pinang.
Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah Jualan buah-buahan seperti durian, manggis & rambutan. Selain itu turut diadakan pelbagai pertandingan seperti Durian Hunt, pertandingan memasak, Mengukir Buah-buahan, mewarna dan sebagainya. Sangat- sangat meriah.
Pilih, Timbang, Bayar & Makan Di Durian Fiesta 2016
Ibu juga tidak ketinggalan untuk turut serta di fiesta tu. Berdekatan dengan lokasi ibu, Durian Fiesta di RTC Gopeng dikunjungi oleh peminat-peminat durian. Selama 2 hari fiesta ini berlangsung di RTC Gopeng, berpuluh-puluh tan durian habis dijual. Walaupun ibu tidak makan durian dan bukannya peminat durian, tetapi ibu sangat seronok melihat keghairahan pengemar-pengemar durian menikmati buah itu di situ. Dengan tarikan “Pilih, Timbang, Bayar & Makan, pengunjung digalakkan untuk terus menikmati buah durian sama ada varieti kampung mahupun klon di situ juga dan sekiranya buah yang dibeli tidak elok, buat itu boleh ditukar.
BACA INI : Kerana Durian Crepe
Durian Fiesta ini dijangkakan akan diadakan setiap tahun. Kepada yang tidak berkesempatan kali ini boleh la turut serta pada tahun hadapan.
1,627 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Leave a Reply