Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Sempena kita dah mula berpuasa, suka ibu nak kongsi info mengenai Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1432 H / 2011 untuk negeri-negeri di Malaysia.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan terbahagi kepada lima (5):
- Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Paling Afdhal : Sebelum sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri
- Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
- Makruh : Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya. (sumber : Cikgu Dahlia)
ps : semoga info ini dapat membantu dan memudahkan kita utk menunaikan kewajipan membayar zakat ini.
1,161 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
selangor rm7.
terima kasih..ada pembetulan sedikit, nnt saya update kan jadual baru